Miss Universe Malaysia Rupanya Pelajar UiTM Lendu, Kongsi Kisah ‘Kakak Jejantas’..

Share

 

 

Siapa sangka, gadis Sarawak yang baru dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 pada bulan lalu merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 

Kongsi Francisca Luhong James, dia dahulunya merupakan pelajar jurusan Komunikasi Massa di UiTM Melaka atau lebih popular dengan gelaran UiTM Lendu.

Pada asalnya, Fran sudah bersiap sedia untuk menyambung peringkat ijazah sarjana muda (degree) di UiTM Shah Alam. Namun, anak kelahiran Kuching Sarawak itu menjadi sebahagian daripada batch ‘istimewa’ apabila mereka merupakan batch degree pertama untuk jurusan Komunikasi Massa yang perlu menyambung pengajian di UiTM Lendu.

“Saya ingat lagi semasa mereka memanggil saya untuk mengumumkan penukaran tersebut. Tentulah saya terkejut kerana selama ini, pelajar degree bagi course saya akan menyambung pengajian di Shah Alam. Alamak, kenalah drive sampai ke sana.

“Saya okay saja apabila perlu menyambung di Lendu, Melaka. Cuma kesukaran yang kami hadapi adalah ketiadaan senior untuk kami lakukan reference. There was no one to guide us properly sehingga kami perlu ke Shah Alam untuk mendapatkan tunjuk ajar. Malah, pensyarah kami di Lendu juga merupakan pensyarah jurusan Diploma,” katanya.

Tentunya, ramai yang tahu mengenai ‘keistimewaan’ UiTM Lendu yang sinonim dengan kisah seramnya. Fran juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan kisahnya sendiri.

Oh my gosh, you have no idea. Terutamanya di kawasan tasik di situ.

“Ada satu masa di bulan Ramadan, saya baru saja tamatkan sesi jogging dan baru membeli makan malam saya di bazar Ramadan. Dalam perjalanan pulang saya ke hostel, saya melalui jejantas di tasik itu dan bertemu dengan satu figura yang kelihatan mirip kawan saya.

“Jadi, saya tegurlah. ‘Buat apa di sini, semua orang sudah pergi ke masjid untuk solat Maghrib.’ Dia tidak menjawab dan hanya merenung saya. Apabila saya tunduk ke bawah untuk mengambil barang dan ingin memintanya menolong saya mengangkat barang tersebut, tiba-tiba dia tiada lagi di situ!

That is it, no more jogging for me. (ketawa) Patutlah warden kami selalu memberi amaran kepada kami untuk pulang sebelum waktu Maghrib,” tambah gadis berusia 25 tahun itu lagi.

Kami turut bertanyakan pengalaman Fran sebagai seorang pelajar UiTM memandangkan dia merupakan pelajar Bumiputera yang berasal dari Borneo.

Katanya, kebanyakannya indah-indah belaka. Cuma semasa peringkat permulaan di sana, Fran sukar untuk memiliki kawan kerana ramai yang seakan tidak memahaminya,

 

“I was a Bumiputera dan sudah tentu, saya berbeza daripada pelajar berbangsa Melayu di sini. Pada awalnya, saya sedikit terasa seperti ‘dipulau’ juga.

“It was hard for me to make friends in the beginning, or maybe it was hard for them to befriend me. But after awhile, kami mula selesa dengan diri masing-masing dan mempunyai pengalaman belajar terbaik di sana,” kata Fran yang menamatkan pengajiaannya secara rasmi pada tahun 2019.

Apapun, all the best kepada Francisca Luhong James yang kini sedang melakukan persediaan rapi sebelum pertandingan Miss Universe 2020 kelak.

*

Tonton video Part 2 temuramah kami bersama Fran.

Published by
FZ