Menganjurkan pertandingan ratu cantik bukanlah murah, ia memerlukan wang yang banyak untuk menjadi pemegang lesen utama. Khabarnya jika jika seseorang individu ingin memegang lesen Miss Universe di negaranya, jumlah bayaran yang dikenakan setahun ialah boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
Jadi untuk menguruskan organisasi ini bukanlah murah. Setelah khabar angin bersebaran tentang status kewangan organisasi Miss Universe yang tidak stabil dan lesen tersebut akan dijual kepada sesiapa yang berminat, akhirnya isu ini terjawab juga.
Billionaire asal Thailand, Jakkaphong “Anne” Jakrajutatip atau lebih mesra dikenali sebagai Anne telah membeli organisasi tersebut dengan nilai USD20 juta bersamaan RM94 juta. Dengan pengambilalihan ini, Anne secara automatik menjadi pemilik kepada pertandingan Miss Universe, Miss USA dan juga Miss Teen USA.
Siapakah billionaire Thailand ini?
Anne merupakan seorang transgender yang memulakan peralihan menjadi wanita sepenuhnya ketika berusia 35 tahun. Menurut sumber dia menghabiskan lebih kurang USD1 juta untuk melakukan pembedahan secara menyeluruh.
Ads
Ketika zaman persekolahan Anne merupakan seorang pelajar di sekolah yang mana semua pelajarnya adalah lelaki. Dia sentiasa menjadi mangsa buli disebabkan perwatakannya yang feminin.
Dia merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pemegang saham terbesar JKN Global Group (JKN). JKN merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam perniagaan berkaitan pengedaran kandungan rancangan, minuman, makanan tambahan, kecantikan dan produk untuk pengguna. Kekayaan yang dimiliki oleh Anne dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak 6.37 bilion bath.
Popular di laman media sosial dengan memiliki lebih 6.8 juta pengikut. Anne merupakan seorang selebriti di Thailand Dia membintangi versi tempatan rancangan realiti Project Runway dan Shark Tank.
Ads
Sebelum ini Miss Universe dimilik oleh IMG Worldwide bemula tahun 2015, sebelum itu bekas Presiden USA dan juga hartawan, Donald Trump merupakan pemegang lesen organisasi tersebut. Apakah kelainan yang akan dibawakan oleh Anne Jakrajutatip kepada pertandingan ini? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Model terkenal Thailand, Kullapat Pongprahab telah ditemui mati dalam Sungai Chao Phraya pada Khamis, 6 Januari 2021. Penemuan itu mengakhiri teka teki kehilangannya seperti yang dilaporkan keluarganya.
Penemuan mayatnya telah disahkan oleh pegawai dari Balai Polis Pak Klong San, Pol Col Yokin Benjapat. Pengesahan itu dibuat setelah orang awam menemui satu mayat lelaki berdekatan Jeti Ratchawong.
Dia antara model lelaki yang mendapat perhatian dalam industri fesyen.
Tatu pada badan dan juga dokumen pengenalan yang masih ada bersama mayat mengukuhkan lagi yang mangsa merupakan model terkenal itu.
Turut menjadi misteri, pihak polis dan penyelamat turut menjumpai satu mayat wanita berusia 20an yang disyaki telah meninggal selama dua hari. Namun identiti mayat tersebut belum dikenal pasti.
Sebelum kehilangannya pada selasa, seorang pembantu rumah yang bekerja di pangsapuri model itu dilaporkan berkata dia pernah melihat Kullapat duduk di bangku di luar apartmen dan dia kelihatan seperti tidak sihat.
Berusia 27 tahun pada 2022, Kullapat ada membuat hantaran terahir di laman Facebooknya pada 3 Januari, sehari sebelum kehilangannya. Dia memuat naik sebuah hantaran berbunyi, “Sudah tahun 2022. Orang yang memandang ke dalam arah saya boleh menggoda saya. Banyak sekarang. Ia bukan berkenaan orang yang saya berbual bersama. Saya berbicara soal umur.”
Dikenali sebagai Kendo oleh rakan industri fesyen dan hiburan, jejaka tinggi lampai ini berketurunan Thailand kacukan Jepun. Oleh itu wajahnya yang kacak dan unik menjadi taruhan.
Sebagai seorang model, Kendo boleh dikira sebagai seorang model popular. Dia banyak menghiasi kempen-kempen fesyen selain selalu muncul dalam lembaran fesyen majalah antarabangsa seperti Elle Man, L’Officiel Hommes dan Vogue Thailand.
Rest In Peace Kendo!
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Serangan Rusia ke atas Ukraine memaksa ratusan ribu penduduk mencari perlindungan. Ramai yang menuju ke sempadan negara-negara berdekatan demi keselamatan diri.
Dalam suasana yang tidak menentu dan roket tentera Rusia mula mengebom beberapa tempat di Ukraine, semestinya keberadaan warganegara Malaysia yang berada di sana menjadi tanda tanya.
Khabar terbaharu yang telah dikemaskini, sembilan warganegara Malaysia bersama dua tanggungan mereka yang disertai seorang warganegara Singapura telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets sebuah bandar kecil terletak di sempadan Ukraine dan Poland pada jam 5.45 pagi (waktu Malaysia). Ketibaan mereka telah disambut oleh wakil kedutaan Malaysia di Poland.
Dalam satu ciapan oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, beliau berkata, “Alhamdulillah, konvoi yang memindahkan 9 rakyat Malaysia & 2 tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara @MYEmbKyiv, Cik Fadhilah Daud telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland.
“Konvoi tersebut telah disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Malaysia di Poland @EmbMy. Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat.”
Dalam laporan Malay Mail, sebelum ini konvoi tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Pertama kedutaan Malaysia di Kyiv, Cik Fadhilah Daud telah memulakan perjalanan lebih 782km menggunakan empat kenderaan menuju ke sempadan Poland bagi memastikan keselamatan warganegara Malaysia.
Difahamkan, Fadhilah merupakan pegawai tertinggi kedutaan Malaysia di Kyiv kerana jawatan duta tidak diisi. Sebelum ini 13 warganegara Malaysia telah terlebih dahulu meninggalkan negara tersebut ketika ketegangan di antara Rusia dan Ukraine mula-mula terjadi.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai antara kita mungkin pernah solat di hujung waktu. Misalannya menggabungkan waktu Zuhur ke Asar. Ada ketika, sedang solat fardu misalannya di rakaat kedua, kedengaran azan tanda masuk waktu.
Perlukah kita berhenti solat atau teruskan solat tersebut? Ustaz Azhar Idrus berkongsi ilmu mengenai ini.
Soalan:
Jika kita kerjakan sembahyang pada hujung waktu dan belum sempat beri salam telah kedengaran azan masuk waktu sembahyang yang lain. Adakah kita kena berhenti dari sembahyang atau macam mana hendak kita lakukan?
Jawapan :
Jika seorang itu mengerjakan sembahyang pada hujung waktu kemudian sebelum dia selesai lagi dari sembahyang tersebut telah masuk waktu yang lain maka hendaklah dia teruskan sembahyang tersebut tidak perlu dia berhenti.
Maka jika dia sempat melakukan serakaat di dalam waktu yang pertama maka dia telah mendapat solat tersebut dengan tunai.
Dan jika dia tidak sempat sembahyang sebanyak serakaat dalam waktu yang pertama misalnya dia sedang rukuk lalu masuk waktu solat yang kedua maka solat yang pertama itu dikira sebagai solat qadha.
Tersebut pada Kitab Fathul Muin :
ولو أدرك في الوقت ركعة لا دونها فالكل أداء وإلا فقضاء.ويأثم بإخراج بعضها عن الوقت وإن أدرك ركعة Artinya : “Dan kalau seorang itu mendapat serakaat di dalam waktu tidak yang selainnya maka sekelian rakaat itu adalah dikira tunai dan jika tidak nescaya jadilah solatnya itu qadha.
Dan berdosa ia sengaja keluarkan sebahagian sembahyang daripada waktu sekali pun dia sempat mendapatkan serakaat.”
Maksudnya siapa yang sembahyang dalam waktu misalnya dia sembahyang Asar dalam waktu Asar dan selepas dia lakukan rakaat yang pertama lalu masuk waktu maghrib maka sembahyangnya itu dikira sebagai sembahyang tunai dan jika dia belum masuk ke rakaat yang kedua lalu masuk waktu maghrib maka jadilah sembahyangnya itu sembahyang qadha.
Dan jika dia sengaja sembahyang Asar pada waktu seperti itu maka hukumnya dia berdosa melainkan kerana uzur seperti pengsan atau tertidur atau terlupa.
wallahua’lam ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jaguh Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar baru-baru ini mencuri perhatian apabila beliau menyifatkan hubungannya bersama kekasih...