Pemilik baharu organisasi Miss Universe (MUO), Anne Jakkaphong Jakrajutatip nampaknya tidak bercakap kosong apabila berjanji akan mengembalikan era glamor terhadap pertandingan ratu cantik itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Miss Universe, Miss USA & Miss Teen USA Kini Milik Billionaire Transgender Asal Thailand – REMAJA
Belum sampai dua bulan sebelum pentas akhir Miss Universe dilangsungkan di New Orleans, Amerika Syarikat pada 14 Januari kelak, Anne yang baharu sahaja memiliki hak ke atas organisasi itu dengan nilai USD200 juta (atau kira-kira RM947.9 juta) telahpun menjemput lima bekas pemenang Miss Universe terlebih dahulu ke negaranya, Thailand.
Ia bersempena acara Miss Universe Extravaganza yang diadakan buat julung-julung kalinya pada malam ini hasil idea bilionaire dan pengacara televisyen berdarah Thai itu.
Mereka terdiri daripada juara dari Kanada, Natalie Glebova daripada Miss Universe 2005; Leila Lopes (Angola, 2011); Catriona Gray (Filipina, 2018); Andrea Meza (Mexico, 2020) dan Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.
Wow! Bukan mudah untuk mengumpulkan lima orang juara Miss Universe seperti ini. Kebiasaannya, ia hanya dapat disaksikan sewaktu pertandingan Miss Universe peringkat kebangsaan atau antarabangsa sahaja.
Anne turut tidak lupa menjemput Presiden MUO, Paula Shugart dan CEO, Amy Emmerich.
Demi memeriahkan lagi acara Miss Universe Extravaganza pada malam ini, khabarnya syarikat kendalian Anne iaitu JKN Global Group PCL juga menawarkan hadiah bernilai sehingga 7 juta Baht kepada peminat yang hadir ke lokasi di Paragon Cineplex, Bangkok bagi menyaksikan acara itu.
‘Berkepuk’ betul ya duit Anne dan syarikatnya itu. Tak sabar pula untuk melihat apa lagi idea kreatif yang akan dilakukan oleh Anne sepanjang akhir tahun ini.
BACA LAGI : Graduan Sarjana Kewangan UCL, Isabella Menin Dipilih Sebagai Miss Grand International 2022 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.