Pemenang Miss Universe Thailand 2020, Amanda Chalisa Obdam telah dilucut sebagai Duta Kesedaran Kesihatan Mental Thailand hanya selepas lima hari dilantik. Semuanya gara-gara beberapa ciapannya yang mempersoalkan tindakan polis dalam menangani protes jalanan yang lakukan oleh sebahagian rakyat negara Gajah Putih itu.
Menurut laporan Thai Enquirer, selepas menerima pelbagai rekasi dan juga maklum balas negatif ekoran perkara ini, jurucakap bagi bahagian kesihatan mental Thailand berkata, “Matlamat kami adalah untuk memperomosikan kegembiraan dan juga keriangan kepada seluruh rakyat Thailand, dan kami sentiasa mengutamakan maklum balas dari anda semua.”
Berikutan tindakan ratu cantik berusia 28 tahun itu, ramai berpendapat yang dia tidak sesuai untuk digelar duta kerana mengkritik pasukan polis secara umum dalam tugas mereka yang berlawan dengan penunjuk perasaan pro-demokrasi di laman Twitternya. Selain orang awam, para bekas penjawat awam kerajaan juga meluahkan pendapat mereka di media sosial dengan mengatakan yang Amanda tidak sesuai untuk mewakili rakyat Thailand di pentas dunia nanti.
How can we talk about love when there’s still violence on the street?
เราจะพูดถึงวันแห่งความรักได้ยังไง เมื่อยังมีประชาชนถูกทำร้ายโดยเจ้าหน้าที่รัฐ?
Photo by @soezeya #whatishappeninginthailand #ม็อบ13กุมภา pic.twitter.com/CSVz5RoLMT— Amanda Obdam (อแมนด้า) (@amanda_obdam) February 14, 2021
Antara ciapan Amanda di Twitter
DISGUSTING BEHAVIOR. Where is the humanity? #ตํารวจกระทืบหมอ
— Amanda Obdam (อแมนด้า) (@amanda_obdam) February 14, 2021
Menurut Narisroj Fuangrabil yang merupakan bekas duta Thailand ke Argentina, “Sebagai duta kehormat di mana-mana cabang atau organisasi haruslah mempunyai sejarah dan tingkah laku yang jelas dan teliti bagi mewakili negara mereka.
“Untuk melantik seseorang yang mempunyai sejarah berulang mengenai sentimen masyarakat yang kontroversial… seseorang yang tidak mempunyai pemikiran diri sendiri dan tidak berkecuali, yang menyebarkan berita palsu dan telah mengecam negaranya sendiri pasti akan menimbulkan keretakan dan konflik dalam masyarakat.”
ADA YANG TIDAK SETUJU
Walaupun begitu, dalam tinjauan penulis di beberapa hantaran di Instagram ramai warga net yang tidak bersetuju kerana menurut mereka, Amanda hanyalah meluahkan pendapatnya sebagai seorang yang prihatin dengan nasib penunjuk perasaan yang telah dikasari oleh pihak berkuasa.
Rata-rata komen yang ditinggalkan di Instagram ratu cantik berusia 28 tahun ni menyokong tindakannya kerana berani bercakap perkara benar.