Misteri 21 Orang Remaja Bawah Umur Maut Di Kelab Disiasat

Share

 

17 daripada 21 orang remaja bawah umur ditemui maut di sebuah kelab dekat kawasan perumahan manakala empat lagi rakan mereka yang lain maut tidak lama kemudian di hospital, lapor media di Afrika Selatan.

Kejadian misteri remaja maut beramai-ramai yang berlaku di East London, Afrika Selatan pada Sabtu lalu itu dipercayai berkait rapat dengan pengambilan minuman beralkohol.

Polis dan pasukan forensik menjalankan siasatan seawal hari Ahad lalu. Foto
: NY Times

Peawai keselamatan kerajaan negara itu, Unathi Binqose berkata berdasarkan kain selempang dan rambut palsu yang ditemui di lokasi, kesemua mangsa dipercayai meraikan tamatnya peperiksaan pada malam kejadian.

Hasil penemuan tubuh kesemua mangsa mendapat tiada kesan luka pada mayat. Kini mereka sedang menunggu bedah siasat untuk menentukan sama ada kematian mereka ada kaitan dengan keracunan alkohol.

Situasi di luar kelab mada malam kejadian, Sabtu lalu. Foto : AFP
Salah satu mayat mangsa dibawa masuk ke kenderaan forensik. Foto : NY Times
Jiran-jiran di kawasan tersebut memerhatikan situasi di sekitar kelab terbabit pada hari Ahad.. Foto : NY Times

Memandangkan kesemua mangsa masih bersekolah, kematian 21 remaja ini dianggap Menteri Polis Afrika Selatan, Bheki Cele sebagai satu tragedi mengerikan. Turut memberikan kata-kata takziah ialah Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa yang kini berada di Jerman bagi menghadiri sidang kemuncak G7.

Beliau tampil menyuarakan kebimbangan terhadap peraturan keselamatan dan undang-undang yang tidak ketat di kelab terbabit. Lalu, agensi pelesenan minuman keras serantau di sana sedang mempertimbangkan pembatalan lesen kedai terbabit dan mengenakan pertuduhan jenayah terhadap pemiliknya kerana melanggar undang-undang.

Untuk pengetahuan korang, Afrika Selatan menetapkan undang-undang membenarkan minuman alkohol kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

BACA LAGI : Patutlah Islam Haramkan Arak, Kajian Bukti Ambil Alkohol Rosakkan Otak Walaupun Sedikit – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN