
Satu mayat lelaki dipercayai warga Malaysia berketurunan Cina telah ditemui oleh pihak berkuasa Austrarila di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, pada hari Ahad.
Mayat didakwa milik lelaki berusia 24 tahun bernama Jacky Chong Kai Wong itu dijumpai kira-kira pada jam 3.30 petang selepas penyiasat memulakan pencarian di sebuah kawasan luar bandar di Killongbutta.
Walaupun masih belum dikenal pasti secara rasmi, polis percaya ia milik Chong.
Menurut laporan portal 9News, Jacky dipercayai telah meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021. Chong sudahpun menetap di Sydney sejak 2016 namun tidak berhubung dengan keluarganya sejak 28 Disember 2020.
Kata keluarganya kepada pihak polis, mereka percaya Chong mungkin bekerja di New South Wales sebelum kehilangannya.
Setelah penemuan mayat itu, polis kini akan menjalani pemeriksaan forensik dan proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas jasad bagi mengesahkan identitinya.
Terdahulu pada tahun 2021, pasukan petugas polis yang sedang menyiasat kes sindiket dadah pada waktu itu mendapati mangsa tidak dapat dikesan. Setelah siasatan dijalankan, tiga lelaki berusia 33, 22 dan 28 didakwa pada akhir Mac lalu berhubung kematian Chong.
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai Terlepas Pandang! Peguam Ajar Kita Sebenarnya Boleh Saman Pemandu Mabuk

Selama ini kita hanya membaca kesedihan keluarga yang ditinggalkan apabila ada ahli keluarga meninggal akibat dilanggar pemandu mabuk. Malah ia juga menjadi isu di kalangan orang ramai bila mana hukuman dijatuhkan dan denda dikenakan tidak setimpal dengan “kesakitan” yang ditinggalkan.
Sudahlah kehilangan ahli keluarga, hilang punca pendapat dan akhirnya pemandu mabuk membayar denda dan kemudian dilepaskan. Itulah yang kita faham dari dulu. Bagaimana pun perkongsian seorang peguam, Mufarwa Farid dari Messrs Hanif Hassan & Co berkongsi bahawa ahli keluarga boleh menyaman pemandu mabuk di bawah prosedur sivil. Ini bermakna pemandu mabuk akan hadapi dua kes iaitu jenayah dan satu lagi kes sivil.
Baca perkongsiannya.
Cukup ramai dah yang ulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati ni.
Jadi, aku tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat aku tentang undang-undang pemandu mabuk yang bunuh orang ni.
Cuma, aku tertarik dengan beberapa komen mengatakan yang sistem undang-undang Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kepada kerajaan sahaja, dan tidak kepada keluarga si mati.
Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kepada keluarga si mati.
Namun begitu, sebenarnya, ada cara untok keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni.
Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut.
Bila boleh saman ni?
Sekarang pun boleh.
Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang bicarakan kes saman keluarga si mati.
Mahkamah tu, Hakim nya bukan orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama.
Yang sedang diorang alami sekarang ni adalah, prosedur jenayah.
Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil.
Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman.
Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau suffer ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, ada hak untok menyaman.
Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 claim.
Yang pertama, Dependency Claim.
Iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh provide kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun.
Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Contohnya, arwah ni masa hidup, dia provide RM2500 sebulan untok menyara keluarga. Maka, ada pengiraan tentang saraan ini, yang syaratnya, saraan itu WAJIB directly kepada ahli keluarga yang betul-betul menerima duit tersebut.
Agak panjang bab pengiraan ini, yang tak perlu diulas panjang di sini. Perlu rujuk Peguam masing-masing. Sama ada kiraan itu diterima atau tidak, ianya tertakluk kepada keputusan Hakim.
Yang kedua, Bereavement Claim.
Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untok 'bayar' kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah.
Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis.
Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM30,000.
Yang ketiga, Loss Of Support.
Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ni lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untok bergantung dari segi tenaga.
Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami memang bergantung kat arwah untok jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju dan tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah dah meninggal, takda siapa nak buat kerja-kerja tu.
Maka, suami dia boleh tuntut kat pemandu mabuk tu tentang kehilangan support ini.
Yang keempat, Estate Claim.
Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan 'kesakitan' yang dialami oleh si mati.
Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor.
Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor? Sebab, keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kepada laporan perubatan.
Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada Hakim.
Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Yang kelima, tuntutan kos guaman.
Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka.
Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ni, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian. Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untok saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ni, keluarga tak boleh tuntut claim ni.
Bagi Estate Claim, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian.
Kalau keluarga ni menang, lepas tu, pemandu ni masuk penjara pulak sebab kalah kes jenayah, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana?
Kalau pemandu ni dah kalah saman, tapi tak nak bayar, ada beberapa perkara yang keluarga ni boleh buat:
– Minta Mahkamah supaya arahkan PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit.
– Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ni supaya lepas ni, segala hutang tu dibayar kepada keluarga itu sahaja.
– Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada.
– Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk ni Bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.
Berdoalah kita agar makin tingkat kesedaran pemabuk-pemabuk ini supaya jangan jadi bodoh memandu masa kepala pening.
Dan berdoa, agar Tuhan lindungi kita menjadi kedua-dua pihak. Doa agar Tuhan tak jadikan kita mangsa dan tak jadikan kita pemangsa.
Sumber : Fb Mufarwa Farid
“Asteroid Pembunuh” Sebesar Burj Khalifa Berpotensi ‘Langgar’ Bumi Esok!

Bumi berdepan situasi getir apabila ada berita yang tersebar luas mengenai sebuah asteroid bersaiz bangunan Burj Khalifa yang akan melintasi Bumi. Ada juga menambah dengan mengatakan ia berpotensi akan berlanggar dengan Bumi esok?
Serius la apa yang akan berlaku pada bumi?
Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mengklasifikasikan ‘asteroid pembunuh’ yang bakal berselisih dengan bumi pada Sabtu, 15 Februari, sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).
Bagaimanapun menurut NASA, asteroid itu dijangka berselisih dengan bumi pada jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi, dimana pergerakkan itu tidak akan menyentuh bumi.
“Tiada bahaya,” kata pengarah Pusat Pengajian Objek Berhampiran Bumi di NASA, Paul Chodas kepada Herald.
“Kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya, dan kami arif tentang orbit laluannya,” katanya lagi.
Pertembungan asteroid seterusnya dijangka berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 selepas asteroid Apophas bersaiz 300 meter menghampiri bumi, namun ia tidak menghentam bumi seterusnya menyebabkan kemusnahan.
So kita sebagai seorang Islam mari la berdoa di hari Jumaat ini agar tiada apa yang buruk akan berlaku pada bumi ini esok…
Sumber: AWANI
Tentu Ramai Tak Sangka Maksud BAHENOL, Rupanya “MONTOK & MENGGHAIRAHKAN”

Berkemah…
Berkemah…
Dengan si nopal
Si nopal
Si nopal
Anaknya bahenol
Bahenol
Bahenol
Siapa pernah nyanyi lagu nie?. Sempoi je liriknya dan ternyata amat mudah untuk dihafal. Jangan malu bossku nak ngaku, hikz!

Lagu Si Nopal yang trending di Malaysia ini dipetik dari kisah animasi pendek Indonesia dan telah menjadi siulan sehingga ia diparodikan oleh sebahagian artis Malaysia seperti Wany Hasrita, Jihan Musa, Kamal Adli dan ramai lagi.
Lagu ini menceritakan kisah Si Nopal dan adiknya, Dede (cute girl) yang ingin pergi berkhemah bersama-sama. Malah penyanyi lagu yang trending ini juga seorang remaja berusia 16 tahun iaitu Nadiah yang merupakan anak kelahiran Bogor, Indonesia. Cute juga orangnya!


Di sebalik lagu yang trending dan menjadi siulan ini, REMAJA cuba mencari maksud sebenar BAHENOL yang disebut-sebut.

Mungkin disebabkan kita kurang memahami bahasa pertuturan Indonesia, dalam carian di Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) menyatakan BAHENOL bermaksud MONTOK & MENGGHAIRAHKAN.

Owhh, tak sangka pula maksud bahenol begitu? Bayangkan kalau yang menyanyi itu gadis remaja atau kanak-kanak. Ternyata ia agak kurang sesuai disebut kerana kita diajarkan bahawa montok dan mengghairahkan ini biasanya merujuk kepada perempuan memiliki tubuh yang seksi.
Atau cuba korang tukar liriknya, hahaha
Berkemah..
Berkemah…
Dengan si nopal
Si nopal
Si nopal
Anaknya montok dan mengghairahkan (bahenol)
Montok dan mengghairahkan (bahenol)
Montok dan mengghairahkan (bahenol)
Hokay, korang komenlah sendiri la.