Mitos Tentang Haid Yang Ramai Percaya, Ini Fakta Sebenar Yang Korang Perlu Tahu

Share

Banyak pantang larang yang kita selalu dengar berkaitan tentang haid dan antaranya adalah jangan minum ais ketika datang bulan. Namun begitu, sehingga sekarang ada diantara kita yang masih tidak tahu sama ada perkara itu benar atau tidak.

Menurut Public Health Malaysia, Di satu kawasan pedalaman di Nepal, wanita yang sedang mengalami haid tidak boleh tinggal di dalam rumah. Menurut mitos masyarakat tempatan, wanita haid di anggap “kotor’ dan akan mengundang kemarahan Tuhan. Jika mereka ingkar, malapetaka akan berlaka pada keluarga tersebut.

Mereka akan bermalam di pondok kecil yang di bina di luar rumah. Menyedihkan, mitos ini menyebabkan ada wanita yang mati kesejukan di luar rumah.

Persoalannya, adakah benar seperti yang didakwa? Berikut merupakan kupasan yang telah dibuat oleh Public Health Malaysia tentang mitos dan fakta berkaitan haid yang perlu wanita tahu.

1. Mitos: Jangan cuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka ketika datang haid dan boleh menyebabkan sakit kepala/ kepala masuk angin.

Fakta: Mencuci rambut ketika haid tidak menyebabkan kepala masuk angin. Liang rambut TIDAK terbuka semasa haid. KEBERSIHAN perlu di beri keutamaan semasa haid (PENTING!!)

Gambar hiasan

2. Mitos: Jangan makan timun ketika sedang period kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim

Fakta: Makan timun semasa haid TIDAK akan menyebabkan sebarang kesan pada dinding rahim kerana saluran pencernaan (perut, usus, dubur) TIDAK bersambung dengan Rahim korang

Gambar hiasan

3. Mitos: Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim.

Fakta: Minum minuman sejuk bukan punca darah membeku. Seperti mana penerangan untuk mitos timun, air yang di minum akan melalui perut dan usus dan TIDAK mengalir ke rahim

Gambar hiasan

4. Mitos: air kelapa juga tidak boleh diminum disaat sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim korang sejuk

Fakta: Cuba bayangkan wanita yang tinggal di negara beriklim sejuk. Macam mana pula tu kan? Minum air kelapa TIDAK menyebabkan rahim sejuk

Gambar hiasan

5. Mitos: Minuman bergas separti cola, pepsi dan apa saja yang bergas adalah tidak digalakan sama sekali diminum ketika haid. Selepas 5-10 tahun akan menyebabkan kanser Rahim

Fakta: Minuman berkarbonat biasanya mengandungi kandungan gula yang TINGGI. Sama ada korang sedang haid atau tidak, kurangkan pengambilan makanan yang manis

Gambar hiasan

6. Mitos: Ketika haid, tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dari benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka

Fakta: Sekiranya impak pukulan di bahagian perut benar benar kuat, sesiapa saja berkemungkinan mengalami kecederaan tidak mengira sedang haid atau tidak

Oleh yang demikian, korang tidak sepatutnya percaya kepada mitos-mitos yang berkaitan dengan haid ini kerana ia sama sekali tidak tepat. Haid merupakan satu kitaran normal bagi fisiologi wanita dan dalam agama Islam sendiri, wanita yang sedang datang bulan diberikan keringanan untuk berehat daripada melakukan solat.

So guys, selepas ni kalau nak percaya kepada sesuatu pantang larang, pastikan ia betul-betul sahih dan mempunyai kenyataan daripada orang yang lebih pakar.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman