Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil mengenang semula majlis perkahwinannya bersama suami tercinta, Essam Muhammad, yang berlangsung pada September lalu.
Menerusi satu hantaran di entri Instagram miliknya, Mizz Nina berkata penyatuan mereka bagaikan saling melengkapi satu sama lain, terutama masing-masing saling bertujuan kerana yang Maha Esa.
ARTIKEL BERKAITAN: “Suamiku Syurgaku” -Mizz Nina Kongsi Momen Terindah Ketika ‘Honeymoon’, Peminat Turut Tumpang Gembira
“Apabila melihat keluarga dan teman-teman datang bersama dan berkumpul kerana Allah, tiada apa kecuali keindahan dan kebaikan. Ia juga sudah tertulis bahawa penyatuan kami ini adalah untuk tujuan yang indah.
“Untuk saling melengkapi agama, beribadah kerana Allah, untuk saling mencintai, berkasih sayang. Bahkan untuk sama-sama berpimpin tangan sehingga kita melangkah ke pintu syurga, untuk bertemu dengan Allah dan Nabi Muhammad.
“Saya juga mendoakan agar kita dapat meninggalkan satu legasi yang meneruskan usaha menyebarkan dakwah Islam, mengangkat dan memberi makna kepada ummah dan kemanusiaan dalam apa jua usaha yang mampu dilakukan,” katanya.
Menerusi hantaran yang sama, penyanyi lagu popular Takeover itu juga berkesempatan mengingatkan kepada para peminatnya agar sentiasa menghargai setiap momen bersama orang yang tersayang.
“Adalah sangat penting untuk kita saling mengingatkan diri untuk sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan waktu yang diberikan.
“Kalau boleh, luangkan lebih banyak masa dengan orang-orang tersayang sebab kita mungkin tidak tahu bila kali terakhir dapat bertemu atau berbual lagi,” ujarnya lagi.
Mizz Nina juga sempat menzahirkan penghargaan buat semua tetamu yang hadir ke majlis resepsinya sebelum ini termasuk yang sanggup datang dari luar negara.
Sekadar info, Mizz Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, pada Julai 2011. Bagaimanapun kedua-duanya memilih jalan perpisahan pada Ogos 2022.
Mizz Nina kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap asal Amerika Syarikat (AS), Essam pada Jun tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Tiktok Fanspage Mizz Nina