Modal Hanya RM25, Cara Servis Aircond Sendiri Di Rumah. Mudah!

Share

Cuaca di negara kita yang agak panas menjadi sebab kenapa pentingnya penggunaan penghawa dingin. Bila tiba waktu cuaca panas, kadangkala aircond dirumah sudah tidak terasa sejuk, dek kerana panas yang melampau atau penghawa dingin korang dah lama tak service.

ARTIKEL BERKAITAN : Ini Sebab Mengapa Tidur Dalam Kereta Terpasang Penghawa Dingin Boleh Membunuh

Lagi-lagi bila kes harian Covid-19 meningkat dan kita mula berkerja dari rumah semula.

Foto Via Pexels

Rupanya mudah sahaja melakukan sesi service aircond  ni, berikut merupakan perkongsian di laman Twitter tentang cara servis aircond sendiri di rumah hanya dengan modah RM25 sahaja.

Harini aku nak share kat korang cara nak servis aircond sendiri kat rumah. Bermodalkan RM25 ringgit jer kompom aircond korang yang kat rumah yang dah tak sejuk tu terus jadi macam baru.

Ada empat step yang mudah.  Step easy dan mudah jer:

1. Buka cover aircond dan keluarkan filter. Make sure dah tutup switch aircond tau.

2. Spray cleaner ni dalam cooling fins/coils aircond tu.

Beli spray cleaner boleh dibeli di shopee je.

3. Biarkan dalam 10 minit, kotoran tu nanti akan keluar ikut paip belakang aircond. Tak perlu basuh ke apa dah.

4. Lepas 10 minit pasang balik filter dan cover aircond tu settle.

Amacam mudahkan tip yang dikongsikan ini? Selamat mencuba!

**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Sumber: Twitter @acapyakin

Published by
Nana