Modal Hanya RM250 Mampu Realisasikan ‘Open Wardrobe’ Ala Pinterest

Share

Almari terbuka atau almari bertutup?

Sebenarnya mempunyai almari baju terbuka atau open wardrobe mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan konsep almari tertutup.

Jika anda menginap dalam kediaman yang kecil dengan ruang yang terhad, ditambah pula bilik tidur yang sempit, konsep open wardrobe patut dipertimbangkan.

Tahukah almari terbuka mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan konsep almari bertutup. Paling jelas, ia menjimatkan ruang, menjadikan ruang bilik kelihatan lebih luas, memudahkan untuk mengambil dan memilih pakaian.

Seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook ini, paling menarik Niarsly Hazwan berkongsi dekorasi ‘open wardrobe’ hanya bermodalkan kurang dari RM 250. Rata-rata netizen memuji kekemasan dan kecantikan yang telah diubahsuai oleh wanita itu sendiri.

Cantik kan?

Disebabkan ramai yang bertanyakan dimana barang-barang yang dibelinya untuk makeover bilik tidur tersebut,  Niarsly Hazwan telah pun berkongsi info tentang barangan yang dibeli secara online dan juga kebanyakannya di Ikea.

Menurutnya, barang-barang yang digunakan semuanya dibeli dan didapatkan di Ikea.

List barang ada pada gambar di bawah

 

Nak makeover rumah ni bukan hanya perlu pandai cari barang, tetapi effort pun kena ada ya. Selamat mencuba!

Sumber: Niarsly Hazwan

Published by
Nana