Isi Kandungan
ToggleSebelum ini memang dah dengar ura-ura yang Samsung bakal mengeluarkan telefon pintar lipat dan kini, pengeluar telefon bimbit popular ini akhirnya bakal melancarkan gajet terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Fold.
Berukuran 7.3 inci infinity flex display membolehkan telefon itu dilipat mengikut saiz poket korang pada ukuran 4.6 inci.
Selain itu, gajet ini juga khabarnya dilengkapi ruang simpanan 512 gigabite, 12 gigabite ram dan processor qualcomm 7nm octa core serta kelajuan internet LTE dan 5G.
Paparan skrin yang besar membolehkan korang untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu masa yang sama, menonton YouTube sambil membalas Whatsapp dan juga mencari maklumat di Google.
Perghh, memang canggih la macam ni. Senang kerja korang nanti.
Mesti info yang paling korang nak tahu adalah harga handphone ni kan? Dengan dilengkapi bateri kekuatan 4,380 M-A-H, Galaxy Fold ini katanya akan mula dijual bermula 26 April dengan harga AS $ 1,980 (RM8,000).
Ahhh, biar betul. Kau mampu? Hiks!
Ini pula reaksi netizen di media sosial dengan harga model terbaru Samsung ini
Sabar
Tak mampu, jangan beli
So guys, what say you?
Ok jap, terfikir nak gadai apa pula lepas ni. Haha!
Sumber: Astro Awani
Selalu Dengar Tapi Tak Kenal, Pemilik Suara GPS Akui Tidak Mudah Jadi Suara Latar
Nowadays, technology is everything!
Boleh dikatakan rata-rata dari kita mengunakan dan sangat bergantung kepada penggunaan teknologi terutamanya untuk ke destinasi baru yang ingin dituju apatah lagi jika kita tidak biasa dengan tempat tersebut. Penggunaan Waze atau Google bukan benda yang asing lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Honda Bakal Hasilkan Sistem GPS Untuk Kasut Bagi Golongan OKU
Namun, korang pernah tertanya-tanya tak siapakah wanita dibalik suara yang sering kita dengar arahannya.
Menurut laporan DRG News, pemilik suara GPS tersebut adalah seorang artis voiceover wanita dari Queensland, Australia iaitu Karen Jacobsen.
Bercita-cita Sebagai Penyanyi
Perjalanan Jacobsen bermula apabila dia berpindah ke New York untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi. Tidak lama selepas itu, dia menyertai uji bakat suara yang mencari wanita yang merupakan penutur asli bahasa Inggeris Australia.
Selepas terpilih dalam uji bakat itu, bermula lah kerjayanya sebagai voiceover artist untuk GPS.
Difahamkan, penutur suara bahasa Inggeris Australia dipilih kerana lenggok Australia dianggap sebagai yang paling senang untuk didengari.
Tidak Semudah Yang Disangka
Namun, Jacobsen mengaku bukan mudah untuk menjadi voiceover artist untuk GPS kerana skrip yang perlu dibaca dan dirakam di dalam studio sangatlah tebal.
Buat pengetahuan ramai, dia telah merakam 168 versi lenggok hanya untuk perkataan ‘approximately’.
Jacobsen juga pernah meminjamkan suaranya untuk Siri (pembantu virtual untuk peranti Apple) dalam aksen Australia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
5 Sebab Backpackers Pilih Galaxy Note 10 Semasa Melancong, Bukan Setakat Foto Cantik
Isi Kandungan
ToggleSatu item yang tak boleh dipisahkan daripada sesiapa saja sekarang adalah telefon pintar.
Tak kiralah korang ingin menempah tiket, ingin membayar bil, ingin menonton video atau ketika bercuti, telefon pintar lah item paling penting yang perlu dibawa ke mana-mana.
Bercakap mengenai bercuti, penulis tertarik dengan model telefon terbaru Samsung iaitu Galaxy Note 10/10+ yang digemari oleh ramai pelancong terutamanya di kalangan backpackers remaja.
Mengapa? Ini antara kelebihan yang ada padanya.
01
Rancang Itinerari Dengan Teratur
Bagaimana cara untuk menggunakan masa percutian secara maksimum semasa berada di destinasi pilihan? Tentulah dengan menyediakan itinerari yang teratur agar korang tak menyesal tak sempat untuk melakukan sesuatu yang disyorkan dalam travel vlog.
Perancangan ini termasuklah peta, notebook dan pelbagai dokumen penting seperti tiket, pas masuk dan dokumen perjalanan yang perlu ada dalam genggaman.
Telefon pintar Galaxy Note 10/10+ boleh menyimpan semua itu untuk korang. Ia mempunyai fungsi S Planner dan Notes, kedua-duanya boleh disambungkan terus ke Google Calendars.
02
Mudah Perhatikan Keadaan Cuaca
Tiada siapa yang sukakan keadaan cuaca hujan semasa melakukan aktiviti outdoor, kan?
Pengguna telefon ini mudah memerhatikan ramalan cuaca dengan fungsi barometer sebelum keluar dari bilik hotel pada setiap hari. Tak adalah korang disappointed apabila hari tiba-tiba hujan.
03
Translator Peribadi
Sekiranya ke destinasi yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan utama, korang pastinya akan berdepan cabaan komunikasi dengan masyarakat di sana. Galaxy Note 10/10+ membolehkan korang menggunakan aplikasi Google Translate dengan mudah. Ia mempunyai sebanyak 100 pilihan bahasa dan 37 bahasa pula datang dengan gambaran imej.
Senang lah nak bercakap dengan pemandu teksi selepas ini.
04
Bateri Mudah Habis?
Not anymore..
Telefon ini berkebolehan berfungsi lama dengan 4,300 mAh. Malah dalam tempoh 30 minit saja tanpa gangguan, ia boleh dicas sehingga penuh.
05
Foto Cantik & Video Pro-grade
Ini yang paling penting kan? Untuk merakam momen penting semasa percutian dan berkongsi di media sosial ataupun bersama keluarga serta kenalan rapat secara peribadi.
Jangan risau dengan adanya Galaxy Note 10+. Telefon ini mempunyai 4 kamera utama, satu (10MP) di hadapan dan tiga lagi (16MP Ultra Wide Angle, 12 MP Wide Angle dan 12 MP telephoto) di bahagian belakang membantu korang untuk mengambil foto terbaik! S Pen telefon ini juga berfungsi sebagai controller bagi foto selfie.
Di samping itu, antara fungsi yang paling kami gemari juga termasukah fungsi Live Focus yang membolehkan selfie dan gambar berefek bokeh korang kelihatan amat cantik. Bagi yang gemar mengambil video terutamanya di kalangan vloggers dan pengguna media sosial tegar pula, video korang akan lebih sharp.
Ia juga berkebolehan memilih bunyi sekeliling yang ingin korang fokuskan dengan fungsi microphone zoom.
*
Best kan!
So kalau korang telah merancang untuk bercuti pada tahun hadapan, kami syorkan untuk korang invest sedikit pada telefon pintar Galaxy Note 10 / 10+ ini.
6 Tip Ini Bantu Anda Kenali Gajet Tiruan
Isi Kandungan
ToggleBarangan daripada jenama-jenama terkemuka memang sering di cetak rompak dan lebih mengelirukan lagi, barangan yang diciplak itu mempunyai persamaan yang sukar untuk dibezakan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tip yang boleh anda jadikan rujukan sebelum membuat keputusan untuk membeli, khasnya khusus bagi barangan gajet.
1. Semak packaging produk
Pengilang produk tiruan tidak begitu peka kepada bentuk rekaan packaging produk. Namun, ia sangat dititikberatkan oleh pengeluar rasmi yang akan sentiasa menjaga setiap perincian reka bentuk dan packaging produk mereka.
Semak font pada info yang tertera di kotak barangan yang dijual. Pastikan tulisannya jelas dan kualiti cetakan dalam keadaan yang baik. Pengeluar rasmi akan memastikan produk-produk mereka dihantar dalam keadaan yang baik supaya tiada kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh penghantaran.
2. Lihat manual pengguna
Semua maklumat penting tentang peranti ini mestilah menggunakan dalam bahasa asal negara pembelian. Jika tertera beberapa bahasa lain yang anda tidak faham, maka ia mungkin adalah peranti yang di seludup atau pun dicetak rompak.
3. Lihat material yang digunakan
Bahan-bahan seperti plastik, getah atau pun aluminium yang digunakan boleh dilihat sama ada daripada jenis material berkualiti tinggi atau tidak.
Pengeluar berjenama terkenal tidak menggunakan bahan yang murah. Plastik bungkusan produk original mestilah kemas, tanpa mengandungi sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan pada packaging.
Produk tiruan dapat dikesan dengan mudah. Lihat sahaja pada jenis plastik murah dengan penggunaan warna mate yang digunakan, serta reka bentuk produk yang tidak sempurna.
4. Lihat font ini
Logo merupakan perkara utama bagi mana-mana jenama dan anda perlu menelitinya dengan baik. Walaupun sudah bertahun-tahun, logo bagi produk asli tidak akan nampak kusam.
Setiap font dan simbol pada peranti mestilah tertera dengan jelas, mudah dibaca dan tahan lama. Bagi kes cetak rompak pula, produknya tidak mempunyai nama pengeluar atau mempunyai perbezaan daripada segi reka bentuk produk.
5. Semak alat pengecas
Pengecas yang original akan disesuaikan mengikut kemudahan sesebuah negara itu. Misalnya, jika kita di Malaysia, perlu ada satu tetapan soket yang sesuai untuk negara Malaysia. Begitu juga dengan negara-negara lain seperti Eropah.
Jika anda perlu membeli adopter atau pengecas secara berasingan, ini adalah salah satu tanda bahawa produk yang dibeli itu tidak asli.
Setiap pengeluar bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan pengguna dan kerana itu, produk yang asli menggunakan penebat kualiti dengan kemasan yang sempurna.
6. Lihat pada wayar dan plug
Kualiti wayar adalah salah satu tanda yang jelas boleh anda lihat sama ada produk tersebut adalah barangan tiruan. Jika produk yang asli, kabel wayar akan kelihatan lebih kukuh berbanding produk tiruan yang mempunyai bahagian-bahagian yang longgar.
Kadangkala, saiz ukuran plug juga tidak bertepatan dengan kedalaman soket dan mempunyai wayar yang lebih panjang.
Selain itu, lihat pada kualiti penebat dan simbol di atasnya. Barangan asli dan tiruan dapat dikesan melalui cara-cara ini.