Penggunaan topeng muka merupakan norma baru dan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.
Bila waktu PKP ni, tak kiralah di Malaysia atau pun luar negara, dengan tidak semena-semenanya ramai individu menjadi kreatif dalam membuat inovasi bukan saja kepada makanan, malah topeng muka juga.
Untuk menjalani kehidupan new normal, rasanya penggunaan topeng muka menjadi satu kewajipan oleh masyarakat dunia hari ini. Terbaru, Halima Eden tampil mengeluarkan set hijab bersama topeng muka yang mesra hijabi untuk barisan hadapan.
Dicipta khas buat para hijabi, topeng muka jenis tradisional yang biasa dipakai sebelum ini sangat tidak selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang. Ramai pekerja hospital telah berkongsi gambar keadaan wajah mereka yang berbekas malah timbul luka-luka kecil akibat memakai topeng muka.
Bagi doktor dan jururawat yang berhijab, keadaan menjadi lebih rumit dengan masalah topeng muka yang tidak merangkumi tudung dan penutup muka.
Menurut model muslimah berkulit hitam ini, beliau mahukan sesuatu yang dapat memberi kegembiraan kepada pesakit dan pekerja kesihatan.
“Ketika merancang untuk melahirkan set ini, saya memilih warna yang kaitkan dengan kedamaian dan bukannya warna putih standard, warna yang membuatkan saya berasa senang setiap kali melihatnya.
“Set ini dapat membuatkan mereka melakukan kerja dengan mudah di samping merasa selesa. Saya tahu ramai wanita berhijab yang bekerja dalam sektor kesihatan, dan keselesaan mereka sangatlah penting agar kerja dapat dilakukan dengan sebaiknya.”
Memang cool rekaan set hijab dan topeng muka ini. Kalau korang kreatif boleh la ambik inspirasi Halima Eden ni, trytau nanti bagi penulis satu tau. Hiks!
Sumber ; Lifestyle , Instagram Halima