Masyarakat selalu memandang enteng mengenai kerjaya seorang selebriti, seorang model mahupun influencer di media sosial.

 

Anggapan mereka, golongan ini ingin jalan mudah untuk mendaki carta populariti. Bertambah likes, followers dan menghiasi paparan iklan serta katalog, bermakna mereka sudah gah dan ibarat anak emas yang “tak boleh disentuh”.

Telahan itu nyata meleset apabila salah seorang model Malaysia yang semakin mendapat nama iaitu Rita Nadira telah membuktikan kejayaannya dalam kerjaya modelling memerlukan pengorbanan. Tambahan pula apabila pada masa yang sama, dia juga bergelar pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

 

Model Popular Sambil Belajar, Rita Nadira Buktikan Apapun Tak Mustahil Walaupun Sibuk
Instagram

“Sepanjang Rita mengambil jurusan Seni Persembahan (Teater) di kampus Puncak Perdana, pengalaman paling Rita ingati adalah kelas persembahan dari semester 1 hingga semester 5. Rita juga masih ingat showcase terakhir kami kerana perlu terlibat untuk sesi latihan dari pagi hingga lewat malam selama 2 bulan.

“Teater Muzikal MARA itu adalah arahan salah seorang pensyarah kegemaran Rita iaitu Encik Shahrul Musa dan sebagai pembawa watak Cikgu Nora, Rita perlu jayakan 5 persembahan tarian dan bukan mudah ya untuk mengingat semua steps.

Ads

”Mujur ada choreographer (Encik Khairul) dan kawan yang menolong semasa latihan,” katanya yang sibuk dengan pelbagai pertunjukan fesyen koleksi Raya sepanjang bulan Mac dan April ini.

Model Popular Sambil Belajar, Rita Nadira Buktikan Apapun Tak Mustahil Walaupun Sibuk
Instagram

 

Model Popular Sambil Belajar, Rita Nadira Buktikan Apapun Tak Mustahil Walaupun Sibuk
Instagram

 

Antara Modelling & Kelas

Bukan saja sibuk di pentas peragaan, Rita Nadira juga merupakan antara model paling ‘laku’ ditempah untuk menjayakan penggambaran kempen fesyen dan halaman fesyen untuk jenama pakaian serta majalah tempatan.

Tak berat ke beban tu, Rita?

Ads

“Bagi Rita, kerja sebagai model tak mengganggu pun komitmen belajar. Jika tiada kelas, barulah Rita menerima job. Kalau ada kelas, Rita akan memilih untuk ke kampus berbanding ke studio penggambaran  kerana ibu Rita sendiri selalu pesan agar utamakan pelajaran. Kemudian barulah fikirkan soal kerja. Jadi semua gambar kempen yang korang lihat selama ini dilakukan sewaktu Rita ada free time,” kata adik kepada Rita Suraya ini yang juga merupakan seorang model.

Tambahnya lagi, dia sendiri tidak terlalu aktif menjayakan penggambaran semasa semester terakhir kerana sibuk dengan final.

“Lama juga Rita tak bekerja, lebih kurang 5 ke 6 bulan gara-gara tak sempat untuk membahagikan masa. Kelas dan latihan berlangsung dari pagi hingga 11 malam. So like I said, studies always comes first.

”Akhirnya Rita boleh masukkan gelaran graduan Teater ke dalam resume selepas ini (ketawa).”

Ads

 

Model Popular Sambil Belajar, Rita Nadira Buktikan Apapun Tak Mustahil Walaupun Sibuk
Instagram

 

Fuh, hebatlah Rita!

BACA: 5 Lagi Selebriti Muda Buktikan Mereka Tidak ’Kosong’ Malah Bijak!

Sekali lagi, kami ingin ucapkan tahniah kepada Rita Nadira atas kejayaan ini.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI