“Moga Allah Perkenankan Hajat Kita Semua”, Agong Titah Lakukan Solat Hajat Lepas Zohor Dirumah Serentak Esok

Share

Hari ini saja di Malaysia mencatat sebanyak 235 kes baharu Covid-19 dengan jumlah kes 2031 dan kematian meningkat sebanyak 23 orang.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Itali masih lagi mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu seramai 7,503 orang diikuti China (3,350), Sepanyol (3,434), Iran (2,077) dan Perancis (1,434). Jumlah bilangan yang dijangkiti pula hampir setengah juta orang iaitu 467,866 orang.

Terbaru, pegawai istana dan barisan frontliner juga ada yang telah disahkan positif Covid-19 dan perkara tersebut sangat menakutkan kita semua.

Titah KDYMM Agong

Oleh sebab itu, KDYMM Baginda Agong telah menitahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan solat hajat di kediaman masing-masing pada esok hari secara serentak.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri didalam Facebooknya sebentar tadi.

Solat hajat selepas zohor
Waktu solat hajat tersebut adalah selepas waktu solat Zohor iaitu pada 27 Mac 2020 bersamaan dengan 3 Syaaban 1441H. Solat hajat ini akan dilakukan secara serentak untuk memohon kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pelaksanaan solat hajat esok di rumah masing-masing!

Jadi, jom la rakyat Malaysia beragama Islam kita sama-sama turut serta bersama keluarga dirumah untuk mendoakan agar Covid-19 yang sedang menular di dalam negara dan juga dunia dapat dihentikan. Moga kita semua dirahmati oleh NYA.

Sumber : Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri

Published by
Nana