“Moga Dapat Lihat Sarah & Anak-Anak Gembira” Tunai Umrah, Peminat Doa Puteri Sarah Temui Kegembiraan Selepas Ini

Share

Pelakon terkenal tanah air, Puteri Sarah Liyana selamat berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama dua cahaya mata tercintanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Menerusi entri Instagram, Sarah dilihat ada memuat naik beberapa hantaran gambar bersama kedua-dua anaknya itu ketika mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.

Pemerhatian REMAJA mendapati, rata-rata pengikut dan rakan artis tidak lepas untuk menuai doa dan harapan agar pelakon itu memperoleh umrah yang mabrur sekali gus pulang ke Malaysia dengan hati yang tenang dan gembira.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah Dengan Play Victim” Puteri Sarah Minta Suaminya Usah Putar Belit Cerita

“Semoga diberi ketenangan selepas ini. Semoga tiada cerita ‘dia’ yang menyakitkan lagi. Semoga dapat melihat Sarah dan anak-anak gembira, tutup cerita duka, Allah gantikan dengan kegembiraan. Amin,” komen seorang pengguna.

“Semoga dipermudahkan. Selamat pergi dan balik serta sempurna ibadah umrah ya, Insya-Allah,” komen pengguna lain.

“Alhamdulillah, semoga Allah sampaikan hajat dan mendapat ibadah yang mabrur serta diberikan ketenangan. Segalanya adalah rahsia Allah,” tulis pengikutnya yang lain.

Perkongsian tersebut juga mendapat perhatian penceramah dan pakar motivasi, Datuk Dr. Haji Fadzillah Kamsah. Beliau turut menitipkan doa yang baik-baik buat Sarah menerusi ruangan komen itu.

“Tok Abah doakan perjalanan umrah kamu dan anak-anak semoga dipermudahkan serta mendapat hikmah sebesarnya ya. Balik Malaysia nanti maklumkan Tok Abah ya nak,” tulisnya panjang.

Sarah sebelum ini memaklumkan dia mahu mengerjakan ibadah umrah dengan tenang selepas selesai memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, 16 Januari lalu.

Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau itu akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. Pengakuan itu dibuat Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya.

Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Puteri Sarah Liyana

Published by
Fath