Siapa tidak kenal dengan figura seni tanah air ini, seorang penyanyi bersuara emas, usahawan yang berjaya dan seorang ibu kepada dua cahaya mata yang sering menjadi perhatian warganet kerana gelagat dan kecomelan mereka.
Sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-44 pada hari ini, penyanyi nombor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencoretkan dedikasi istimewa buat dirinya, suami tercinta serta kenalan terdekat.
Selain itu, pelantun lagu popular Wajah Kekasih itu turut menzahirkan kesyukuran atas segala rezeki dan nikmat yang dikurniakan sepanjang kehidupannya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mak Iti Memang Layak Terima Semua Ini” Siti Nurhaliza Berjaya Miliki Kediaman Pertama Di Dubai
“Alhamdullillah… Terima Kasih Ya Allah, Segala yang dikau kurniakan padaku, hanya PadaMu segala puji bagi Allah sekelian Alam. Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak-anak sebaiknya.
“Begitu juga buat keluarga besar saya Kak Salwa, Abang Faizal dan anakanda @sabrina.jp yang sangat baik hati. Kakak Za yang sama bantu Makiti sepanjang percutian panjang ini.
“Semoga jadi kenangan terindah dan beri keberkatan buat kita semua… Moga lebih banyak lagi memori indah dapat dicipta di masa depan nanti. Amin,” tulisnya panjang menerusi ruangan kapsyen pada sebuah hantaran terbaharu di Instagram.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak terlepas untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran selain mereka menitipkan doa yang baik-baik buat penyanyi lagu Nirmala itu.
Difahamkan, Siti bersama suami tercintanya, Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa dan kedua-dua permata hatinya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa kini di berada Turkiye.
Menjengah pada beberapa hantaran lain, Siti ada memuat naik beberapa foto yang memaparkan momen percutian keluarga kecilnya itu sepanjang berada di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Siti Nurhaliza