Hiburan

Mohon Doa Kekal Istiqmah, Nora Danish Lebih Tenang dan Selesa Selepas Tampil Bertudung

Share

Pelakon terkenal, Nora Danish baru-baru ini mendedahkan bahawa niatnya untuk mula memakai tudung sebenarnya telah lama wujud. Ia susulan penampilan terbarunya yang dikatakan sudah berhijab.

“Sebenarnya, saya sudah lama pasang niat hendak bertudung, tetapi belum ada kekuatan itu”

Dalam pada itu, Nora Danish atau nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif (42) enggan mengesahkan perkara itu, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan dirinya kekal istiqamah.

Kredit: Instagram Nora Danish

“Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung)”

“Saya takut hendak beritahu sudah bertudung sepenuhnya sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT.

“Apa yang mampu saya kongsi, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya”

Kredit: Instagram Nora Danish

Tambahnya, sebagai wanita yang mencecah usia 42 tahun, dia ingin memperbaiki diri ke arah lebih baik dan keputusan ini bukan paksaan daripada mana-mana pihak.

“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama. Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya”

Sebelum ini, Nora Danish mencetuskan tanda tanya peminat melalui perkongsian di Instagram apabila tampil berhijab.

Sumber: Harian Metro

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE