Jelas, sekarang merupakan waktu yang cukup manis buat insan bernama Noor Neelofa.
Jika Jumaat lepas Noor Nabila dan Engku Emran menamatkan zaman bujang masing-masing. Terbaru, timbul pula desas-desus bahawa usahawan berjaya dan selebriti Neelofa akan melansungkan pernikahannya bersama tunang, Haris Ismail, 26 dalam masa terdekat.
Hal ini menjadi bualan hangat netizen selepas satu ‘posting’ Neelofa di laman instagramnya, Neelofa berkongsi doa yang disertai dengan maksud bertujuan meminta orang ramai untuk mendoakannya dalam doa mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Lihat 5 Cara Untuk ‘Personalize’ Aplikasi The Noor Cetusan Neelofa – REMAJA
“Dengan rahmatMu aku meminta pertolongan ya Allah. Doakan saya dalam doa-doa kalian,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sebab yang jelas mengenai perkongsian tersebut, sama ada ia ditujukan untuk majlis pernikahannya kelak atau sebaliknya.
Namun, rata-rata warganet meninggalkan komen yang positif dan mendoakan untuk pasangan ini.
Untuk info, selebriti dan usahawan ternama, Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz pada 1 November 2020 bagi menyempurnakan acara merisik yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Apa-apapun, sama-samalah kita doakan saja yang terbaik buat mereka berdua, okay.
Sumber : Instagram Neelofa