“Mohon Doakan Arwah…” – Ayah Amar Baharin Meninggal Dunia Pagi Khamis

Share

 “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]

Ayah kepada pelakon terkenal Amar Baharin dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Stacy Meninggal Dunia Selepas Seminggu Ditidurkan

Menerusi perkongsian pelakon tanah air itu di laman Instagramnya, ayahnya dikatakan telah meninggal dunia pada pagi Khamis namun tidak dinyatakan sebarang punca kematian.

Suami kepada pelakon Amyra Rosli itu turut memohon agar semua yang mengenali bapanya agar mengampunkan dosanya dan dipermudahkan segala urusan.

“Assalamualaikum. Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Amir, ayah saya telah meninggal dunia.

“Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.

“Dan andai ada kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran anda semua, mohon disedekahkan kepada arwah,” jelasnya.

Allahyarham Mohd Baharin Bin Amir (tengah) meninggal dunia pagi Khamis ini.

Selain itu, beliau juga berkongsi bahawa jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Sekamat di Kajang pagi ini untuk diuruskan sebelum urusan pengkebumian berlangsung.

Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh.

BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Amar Baharin

Published by
Adriana Syaurah