Semakin hari, semakin ramai selebriti wanita tanah air tidak kiralah penyanyi, pelakon ataupun pengacara yang memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan mengambil jalan menutup aurat.
Terbaru pada 17 September 2021, pelakon jelita dan popular, Anzalna Nasir memuat naik satu video sambutan hari kelahiran suaminya. Ini bukan kali pertama finalis pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini membuat kejutan buat suami tercinta, Hanif Zaki.
Namun, kejutan pada tahun ini tampil sedikit ‘ekstra’ dan berbeza.
Menerusi satu lagi perkongsian, Anzalna membuat kejutan buat suaminya apabila tampil manis berhijab. Hanif kelihatan sedikit terkejut dengan penampilan isterinya itu lalu terus memeluk dan menciumnya diiringi oleh anak mereka berdua, Mohamad Eidress. Untuk pengetahuan, majlis tertutup itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat Anzalna.
Tanpa sebarang kenyataan rasmi sama ada mengiyakan atau menidakkan penghijrahan ini, muat naik terbaru Anzalna itu tetap dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat. Tak kurang juga yang tampil memberikan sokongan terhadap keputusannya untuk berhijrah sekiranya benar dan mendoakan agar Anzalna diberikan jalan yang mudah untuk terus istiqomah.
Ads
Tentunya, ramai memuji keayuan Anzalna apabila mengenakan hijab. Malah Hanif turut gembira dengan keputusan isteri tersayangnya.
Seperti dijangka, rakan media tempatan berebut untuk mendapatkan kenyataan awal daripada empunya badan sendiri mengenai perubahan ini dan apakah faktor yang menguatkan dirinya bagi melangkah ke fasa baharu. Namun dengan nada tenang, Anzalna menjelaskan bahawa belum masanya lagi untuk dia membuka mulut untuk bercakap mengenainya.
Ads
“Terima kasih di atas sokongan anda. Namun saya lebih memilih untuk tidak menjawab sebarang soalan buat masa ini. Saya mohon maaf dan saya sayangkan anda semua. InsyaAllah saya akan bertemu anda tidak lama lagi. Doakan Anzalna sentiasa Istiqomah.”
Apapun, REMAJA gembira dengan perubahan positif yang berlaku kepada Dewi kami ini selama bergelar seorang selebriti. Bertambah jelita Anzalna dengan imej barunya ini.
Terdahulu pada tahun ini, seorang lagi rakan seperjuangan Anzalna iaitu Izara Aishah juga mencapai kata putus untuk berhijrah kepada imej berhijab.
Barisan kabinet baharu yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah menerima pelbagai pandangan daripada rakyat.
Salah satu perlantikan yang menjadi bualan di platform media sosial pada malam ini tentulah perlantikan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 di samping memegang portfolio di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau sekaligus bersama-sama memegang amanah sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof yang mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari Sawarak untuk menggalas jawatan tersebut.
Tentunya, antara orang pertama yang memberikan respon balas terhadap pengumuman Perdana Menteri tadi adalah Nurulhidayah Binti Ahmad Zahid.
Menerusi hantaran terbarunya, ‘Anak Zahid’ (perhatikan pada bio di Instagram beliau) tersebut menzahirkan rasa syukur di atas perlantikan ini.
“Allahuakbar. Alhamdulillah. Subhanallah!!”
Seperti diketahui ramai, Nurul merupakan antara penyokong tegar yang lantang melaungkan pendirian beliau terhadap bapa tercinta, Ahmad Zahid terutamanya sepanjang proses berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 dan semasa perbicaraan kes mahkamah bapanya.
Apapun pandangan kita sebagai rakyat terhadap perlantikan dua jawatan untuk Ahmad Zahid Hamidi ini, marilah kita berharap agar amanah tersebut digalas dengan penuh cermat dengan mendahulukan kepentingan negara dan rakyatnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saban tahun, para pelajar di Malaysia pastinya akan mengintai ruang dan peluang bagi mereka melanjutkan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi.
Pelbagai peringkat pengajian, jurusan yang diambil serta kemahiran yang ingin dipelajari ada disediakan di Malaysia. Itulah kelebihan yang membuatkan pelajar di negara kita bertuah berbanding beberapa negara lain di mana pelajarnya terpaksa bergelut demi mara ke hadapan dalam bidang akademik.
Berita baik untuk korang semua apabila pengedar jenama kenderaan premium, Mercedes-Benz di Malaysia iaitu Cycle & Carriage Bintang Berhad baru-baru ini telah membuka permohonan bagi geran pengajian untuk remaja Malaysia. Ini sekaligus menandakan tahun ketiga ia ditawarkan kepada remaja tempatan yang berminat untuk mengecapi kerjaya dalam sektor automotif menerusi pendidikan teknikal serta vokasional yang berkualiti.
Menurut Encik Wilfrid Foo yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cycle & Carriage Bintang Berhad, mereka ingin terus memberi peluang dan pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana tempat lain kepada remaja berbakat serta berpotensi.
“Setiap penerima layak untuk memperolehi sokongan yang akan membantu perjalanan akademiik seterusnya kerjaya profesional mereka.
“Kami bersedia untuk menjemput remaja berbakat ini ke dalam syarikat kami. Sebab itulah, geran pengajian ini akan menyediakan posisi di Cycle & Carriage selepas graduasi mereka,” jelas beliau.
Kepada 10 orang penerima yang sedang dicari oleh Cycle & Carriage Bintang Berhad ini, kalian akan menerima geran bernilai hingga RM5000 untuk pengajian selama 3 tahun maksimum.
Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menyertai program pelatih (internship) bersama Cycle & Carriage Bintang Berhad semasa cuti semester dan posisi kerjaya di syarikat tersebut. Fuh, menarik tu dapat berlatih di salah sebuah daripada 11 cawangan mereka di seluruh Malaysia.
Nak tahu bagaimana untuk memohonnya? Haa, jom lihat kriteria yang disenaraikan oleh Cycle & Carriage Bintang Berhad ini:
1. Remaja berusia 16 tahun ke atas. 2. Kini sedang mengikuti atau sudahpun memperolehi peluang belajar dalam jurusan automotif di institusi latihan skil yang diakreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) di Kementerian Sumber Manusia (MOHR) atau Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE). 3. Pemohon perlu sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik sama ada dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM). 4. Pemohon datang dari keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bernilai RM4850 dan ke bawah. 5. Remaja yang berminat haruslah menghantarkan permohonan lengkap ke LAMAN WEB INI sebelum tarikh tutupnya pada 31 Ogos 2021.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
2 1/2 cawan santan sederhana pekat- daripada 1 biji kelapa
2 batang serai diketuk
1 sudu besar gula merah
1 sudu teh asam jawa (ambil jusnya bancuh dengan sikit air)
Garam secukup rasa
Minyak menumis secukupnya
BAHAN KISAR
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
1/2 inci halia
1/4 inci lengkuas
CARA PENYEDIAAN
Bancuh rempah kerutuk dan bahan kisar hingga rata.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar yang dibancuh & serai hingga wangi & pecah minyak.
Kemudian masukkan kerisik, santan, air asam jawa dan gula merah. Masak seketika. Masukkan telur rebus yang dikupas serta kentang yang telah digoreng. Masak sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa, kemudian bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.
3 biji kentang (kupas & potong ikut citarasa, rendam)
50 gm sayur brokoli (potong ikut citarasa)
1 batang celery@saderi (potong ikut citarasa)
4-5 biji telur
1 liter stok ayam@ 1 kiub pati ayam ‘Knorr’
Air secukupnya
5 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang (hiasan)
Bawang goreng secukupnya (hiasan)
Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata.
Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.
Bila kentang 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tetapi pastikan ianya tidak bertindih di antara satu sama lain. Kecilkan api dan masak sehingga telur mengeras. Kacau perlahan-lahan.
Tambahkan brokoli dan celery@saderi.
Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan tutup api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...