

Menerusi hantaran tersebut, Mona memberitahu dia selamat bersalin bayi lelaki pada waktu Maghrib, semalam.
“Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Insya-Allah, kita akan kongsi gambar baby nanti. Sekarang tengah rehat nanti saya update okey,” coretnya di Instastory.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu sempat menzahirkan penghargaan kepada semua yang mendoakannya serta bayi.

“Terima kasih semua yang DM doakan saya dan baby. Alhamdulillah. Syukur semua baik-baik saja. Allah Ya Mujeeb,” ujarnya.
Untuk rekod, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan anak pertama, Petra Pekin yang kini berusia tiga tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Mona Allen
Siti Nurhaliza Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia Bagi Tahun 2022

Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi dalam area tempatan mahupun serantau Asia. Beliau yang memukau jutaan pendengar dengan suara merdunya sejak 1995 terus menjadi salah seorang figura yang paling berpengaruh di Malaysia dan negara serantau.
Terbaharu, penyanyi nombor satu negara ini telah sekali lagi tersenarai sebagai 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia. Beliau mula disenaraikan untuk berada dalam kelompok tersebut sejak tahun 2016. Semenjak itu, namanya saban tahun disenaraikan atas dasar sumbangannya kepada dunia seni dan budaya.
Berdasarkan catatan buku The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims 2022 yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman, Jordan itu, ibu kepada dua cahaya mata ini tersenarai bersama-sama individu berpengaruh seluruh dunia termasuklah pemimpin dan juga cendekiawan Islam.
“Alhamdulillah. Semua ini daripada Allah. Sebagai hamba-Nya, semua yang baik itu daripada Allah, yang lemah dan kurang itu daripada diri saya sendiri,” tulis anak kelahiran Kuala Lipis ini dalam satu hantaran di Instagram sebaik mengetahui dirinya tersenarai sekali lagi. Bukan calang-calang orang boleh tersenarai, semestinya beliau membanggakan lagi nama Malaysia.
BACA JUGA: Siti Nurhaliza Lebih Hebat Berbanding Celine Dion, JLO, SNSD & Nicki Minaj
Dalam catatan di dalam buku tersebut, pengarang menyatakan, “Dato’ Siti Nurhaliza binti Tarudin merupakan seorang penyanyi Malaysia yang sudah memenangi pelbagai anugerah dalam dunia muzik. Beliau juga dikenali kerana usahanya dalam dunia kebajikan dan merupakan salah seorang penerima anugerah Ikon Malaysia. Beliau memiliki lebih 14 juta pengikut di medium sosial media yang berbeza-beza.”
Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, seorang lagi anak seni Malaysia yang turut disenaraikan adalah penyanyi nasyid dan komposer, Hafiz Hamidun. Daripada 500 nama yang disenaraikan sebagai individu paling berpengaruh di dunia itu, terdapat dua personaliti hebat dinobatkan sebagai Muslim of The Year.
Yang pertama ialah Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan yang merupakan wanita pertama diangkat sebagai ketua negara tersebut. Manakala seorang lagi individu adalah pakar Imunologi, Ugur Sahin. Beliau merupakan seorang ahli perubatan dan juga CEO BioNtech yang mengeluarkan vaksin Pfizer bagi melawan virus Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Lagu Terbaru Fazura Dan Fattah Amin Tiada Kaitan Dengan Hal Peribadi, Tarikh Pelancaran Sudah Lama Dirancang

Meskipun masih belum surut khabar duka penceraian antara pelakon, Fattah Amin dan Fazura, kini lagu duet terbaru mereka berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ pula menjadi bualan orang ramai apabila ia dilancarkan pada 10 Oktober semalam.
FAZURA Studio tampil menjernihkan keadaan dalam sebuah kenyataan berkata, pemilihan tarikh pelancaran lagu rasmi bagi drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella 2 (HSC2) yang telah ditayangkan pada Mac lalu telah diputuskan secara bersama pada beberapa bulan yang lalu oleh FAZURA Studios dan HITS Record kerana keistimewaan tarikh 10 Oktober itu sendiri.
Selain itu, ia juga bagi menyelaraskan pendekatan bersama yang diambil oleh kedua-dua syarikat semasa pelancaran lagu berjudul “Tenang Diri” nyanyian IPPO Hafiz pada tarikh istimewa 9 September lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Boleh Burukkan Dan Buka Aib Antara Satu Sama Lain. Fazura, Fattah Amin Boleh Dikenakan Perintah Hina Mahkamah – Peguam
“Sehubungan dengan itu, pelancaran lagu ini pada 10 Oktober tiada sebarang kaitan dengan perkembangan terkini urusan peribadi Nur Fazura Sharifuddin dan kami tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak”
“Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin berhubung pemilihan tarikh peluncuran lagu ini yang telah dilaporkan media tempatan pada hari ini adalah pendapat peribadi beliau semata-mata serta ianya tidak mewakili syarikat FAZURA Studios dan HITS Record,” jelas FAZURA Studio menerusi kenyataan yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN: #Fattzura Berakhir: Fattah Dan Fazura Sah Cerai Talak Satu, Sebak Keluar Dari Mahkamah
“Kedua-dua syarikat juga berpegang kepada perancangan yang telah dibuat lebih awal sebelum ini, yang mana tiada sebarang penglibatan oleh pengurus kepada Nur Fazura Sharifuddin,” tambah kenyataan media tersebut.
Sebelum ini, drama HSC2 dibintangi oleh Fazura dan Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin bersama anak perempuan mereka Nur Fatima Aisha.
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Nafi Curang & Abai Tanggungjawab Sebagai Bapa, Akui Terkejut Dengan Pendedahan Fazura
Lagu rasmi drama ini ditulis oleh komposer terkenal IPPO Hafiz dan telah dirakamkan di Jakarta, Indonesia dalam bulan Januari 2024 disusuli dengan pengambaran video muzik lagu tersebut yang telah dibuat di Yogyakarta, Indonesia pada Februari 2024.
Para peminat dan pendengar boleh mula menikmati lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ di platform digital termasuk Spotify dan YouTube HITS Record bermula 10 Oktober 2024.
Sekadar, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. Namun, pasangan selebriti popular berkenaan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
7 Rahsia Industri Makanan Proses Yang Tak Akan Anda Tahu

Isi Kandungan
ToggleMakanan berproses mungkin menjadi pilihan utama bagi mereka yang sentiasa busy dan tak punya banyak waktu untuk memasak.
Mudah didapati dan tersedia dalam pilihan yang bermacam-macam, maka tak hairanlah bila ramai individu yang lebih senang untuk mendapatkannya di pasar raya.
Namun sebenarnya terdapat beberapa ‘rahsia besar’ yang disembunyikan di sebalik pembikinan makan berproses ini.
Berikut merupakan 7 perkara yang disembunyikan oleh industri makanan berproses ini dan terdapat beberapa isu yang boleh dipersoalkan sama ada ia baik untuk dimakan secara kerap atau tidak.
1. Info makanan yang mengelirukan
Label pada makanan ini tidak menjelaskan tentang ramuan yang tidak sihat dan menyembunyikannya daripada pengguna. Genetically Modified Organisms (GMO) tidak sebut menggunakan bahan-bahan bahaya seperti MSG dan fruktosa dilabel sebagai perasa semula jadi.
2. Mendorong kepada kemurungan
Makanan yang diproses biasanya dibuat daripada bahan berkualiti rendah dan boleh menjejaskan kesihatan. Ia mengandungi kandungan garam, gula, trans-lemak dan bahan pengawet yang tinggi yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan kimia di otak.
Hal ini boleh membawa kepada masalah ingatan, kemurungan, perubahan mood dan kelesuan.
3. Penyebab kanser
Terdapat bahan pengawet yang tinggi dalam daging yang diproses untuk dijadikan hotdog, nuget atau daging burger. Bahan ini mengandungi lemak dan nitrit yang boleh menjadi punca kepada penyakit kanser.
4. Penyebab mandul
Biasanya bahan-bahan yang terkandung dalam makanan berproses mempunyai bahan kimia dan pengawet yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan. Ini dibuktikan oleh fakta bahawa kadar kemandulan semakin meningkat kerana pengambilan makanan berproses.
5. Obesiti
Masalah obesiti nampaknya macam dah jadi perkara biasa bagi masyarakat dunia. Ini kerana makanan berproses juga kaya dengan corn syrup, garam dan gula yang diproses yang mendorong untuk menjadi punca kepada obesiti, masalah jantung dan buah pinggang daripada masa ke semasa.
6. Ganggu sistem pencernaan
Bahan kimia dan pengawet yang digunakan boleh mendatangkan keburukan pada sistem pencernaan anda. Ini kerana mereka menggabungkan beberapa bahan yang tidak serasi dan dicampurkan dengan banyak bahan perasa dan pengawet.
7. Boleh merosakkan kesihatan secara general
Makanan berproses pada dasarnya meracuni tubuh daripada masa ke semasa dan memusnahkan bakteria dalam usus anda. Ini boleh mengundang kepada penyakit-penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Badan boleh menjadi lemah dan lebih mudah untuk dijangkiti sebarang penyakit. Selain itu, anda juga akan sentiasa berasa lesu dan craving untuk makan macam-macam.
Selama ni memang selalu dengar tentang keburukan process food. Tapi sekarang dah tahulah kenapa orang kata makanan macam ni tak baik untuk dimakan. Hmmm
Sumber: curiousmob.com