Seminggu kita beraya sakan, makan ketupat rendang, jumpa sanak saudara… tiba-tiba kena masuk kerja balik? Memang rasa lemau habis!

Biasalah, raya kan sebulan. Ramai yang masih ‘bercinta’ nak kembali ke rutin pejabat. Tapi jangan risau, jom cuba 5 cara ni untuk kembalikan semula mood kerja yang hilang tu.

Mood Raya Masih On? Ini 5 Cara Nak ‘Tune’ Semula Mood Kerja Lepas Cuti Panjang

Rancang Semula Tugasan Harian

First thing first, bila dah masuk ofis, jangan terus blur tak tahu nak buat apa. Ambil masa sikit untuk susun semula jadual kerja. Bila ada perancangan, lebih senang nak fokus dan kerja pun jadi lebih cepat siap.

Lagi best, bila dah ada pelan, korang akan rasa lebih produktif dan efektif sebab dah tahu apa nak buat dulu!

Ads

Mulakan Dengan Kerja Ringan Dulu

Tarik nafas dalam-dalam dan bagi diri masa untuk adapt dengan suasana pejabat balik. Jangan terus terkam kerja berat, nanti makin stres!

Ikut kemampuan diri. Buat kerja sikit-sikit dulu, jangan paksa diri nak siapkan semua dalam sehari. Slow and steady, okay?

Mood Raya Masih On? Ini 5 Cara Nak ‘Tune’ Semula Mood Kerja Lepas Cuti Panjang

Ads

Kongsi Cerita Raya Dengan Rakan Ofis

Cerita pasal raya pun penting tau! Kongsi pengalaman seronok korang masa balik kampung, baju raya matching satu keluarga, atau kisah lucu masa open house.

Sembang ringan sambil buat kerja boleh bantu naikkan mood dan cipta suasana kerja yang lebih ceria dan semangat.

Rancang Jamuan Raya Ofis

Nak feel raya tu kekal walaupun dah masuk ofis? Ajak rakan sekerja buat mini jamuan raya! Boleh bawa kuih raya sikit-sikit, pasang lagu raya, dan paling penting… tangkap gambar sama-sama.

Ads

Bukan saja eratkan hubungan sesama staf, tapi boleh juga boost semangat kerja lepas tu.

Mood Raya Masih On? Ini 5 Cara Nak ‘Tune’ Semula Mood Kerja Lepas Cuti Panjang

Senyum, Jangan Tunjuk Muka Lemau

Kadang-kadang senyuman pun dah cukup untuk naikkan mood sendiri dan orang sekeliling. Jangan tunjuk sangat muka tiada mood tu ya…

Cuba je tip mudah ni, insya-Allah semangat kerja tu akan datang balik perlahan-lahan. Korang boleh, okey!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI