Morco Coffee Hub Lepak Pelajar

Share

Sudah menjadi adat, di mana adanya kolej atau universiti di situlah tercetusnya cawangan kafe dan restoran yang baru.

Sejak dibuka pada tahun lalu, Morco Coffee yang terletak berhadapan dengan bangunan kampus Sunway University di PJS 11 ini gamat dijadikan sebagai lokasi lepak mereka tidak kira pada waktu siang mahupun malam.

Bukan hanya cantik pada mata dengan dekorasi interior yang menyenangkan sesiapa saja yang berkunjung masuk, malah deria bauan juga pantas menangkap aroma kopi yang disediakan oleh baristanya.

 

Di Morco Coffee, minuman kopi sudah menjadi satu kemestian buat pelanggan kerana rasa keaslian kopi artisan yang dicipta sendiri oleh mereka.

REMAJA berpeluang untuk mencuba set hidangan perayaan Krismas yang disajikan oleh Morco Coffee baru-baru ini.

 

Haippp, sudah tentu mereka mengambil kira soal penyediaan menu Halal kerana lumrah masyarakat kita yang berasingan bangsa. Jadi kamu semua tidak perlu risau untuk memilih.

Bermula dengan hidangan starter iaitu sup kentang dan pomegranate bersama bun croissant yang cukup sempurna sebagai pembangkit selera.

Ia diikuti dengan menu entree utama ayam bakar juga dengan sos pomegranate. Memang menyelerakan walaupun ayam terasa sedikit kering ketika dicuba.

 

Hidangan terakhir datang dalam dua sajian iaitu pankek cokelat dan brownies. And they hit a home run with this one.

Keenakan pencuci mulut ini terletak pada keseimbangan yang ada – tidak terlalu manis dan tidak terlalu banyak / sedikit.

 

Just nice sebagai penutup hidangan pada malam itu.

Bagi kamu yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Morco Coffee, klik sini

Published by
Shahar Najmi