
Berita baik buat kaki movie yang suka menonton filem seram. Kali ini, Remaja nak beri 20 pasang tiket percuma kepada pembaca bertuah kami.
Filem Hide & Seek Minako mengisahkan tentang sekumpulan rakan yang membuat reunion di sekolah lama dan mereka membuat aktiviti bermain hide and seek Jepun yang dipanggil Hitori Kakurenbo. Permainan ini disertakan sekali dengan anak patung Itchimatsu yang bernama Minako.
Bukan seperti permainan sorok-sorok yang biasa, mereka mula berhadapan dengan situasi ritual memanggil roh, sehinggakan ada yang mengancam nyawa.
Filem yang dilakonkan oleh Miller Khan, Nicky Tirta, Gandhi Fernando, Wendy Wilson, Regina Rengganis dan Natasha Gott ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 28 Februari 2019.
Dapatkah mereka menyelamatkan diri daripada permainan ini? Jom tonton bersama kami dengan hanya menjawab soalan mudah ini.
Menangi tiket tayangan Remaja x Hide & Seek Minako
Tarikh: 25 Februari 2019
Masa: 8.20 malam
Lokasi: TGV Cinema 1 Utama
Institut Muzik UCSI Diiktiraf Di Malaysia & Tersenarai Terbaik Di Asia

Apa perasaan korang bila universiti tempat korang belajar diiktiraf sebagai yang terbaik? Mesti proudkan, tambah-tambah jika kita salah seorang yang terlibat. Tak kiralah sama ada masih belajar atau sudah graduate, bila nama universiti kita menerima pengiktirafan, rasa bangga itu pasti ada.
Terbaru, universiti UCSI dalam bidang muzik telah diiktiraf oleh penilaian QS World University Rankings yang baru sahaja diumumkan oleh Subject 2018 di mana UCSI termasuk dalam senarai ke 51-100 institut yang terbaik dalam bidang muzik dan seni persembahan.
Statistik yang diberikan oleh QS memperlihatkan reputasi Institut Muzik UCSI (iMus) yang memberangsangkan dalam bidang akademik dan pekerjaan yang merupakan kelayakan utama menyumbang pada penilaian skor keseluruhan tertinggi. Faktor ini menempatkan UCSI di dalam senarai 100 institusi terbaik daripada 1,182 yang dinilai.
Kedudukan selanjutnya mengukuhkan reputasi iMus sebagai pusat pembelajaran muzik yang terbaik dan terkenal di seluruh Malaysia.
Tiada universiti atau institusi yang di Malaysia yang disenaraikan dalam lingkungan antara 100 yang terbaik di dalam kategori ini dan hanya tiga institusi sahaja yang disenaraikan mendahului UCSI di Asia iaitu Universiti Kebangaan Singapura, Institut Kesenian Yogyakarta Indonesia.

Berbangga dengan penilaian ini, Pengarah Institut Muzik UCSI, Profesor Dr P’ng Tean Hwa mengatakan bahawa pengiktirafan ini dianggap sebagai hasil dari kerja kerasnya selama bertahun beliau berkhidmat di UCSI dan iMus.
“Tergolong antara 100 institut yang terbaik daripada kebanyakan universiti dan sekolah muzik dari seluruh dunia yang tersenarai adalah sesuatu yang amat membanggakan dan memberikan kepuasan. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami kerana kami perlu membuktikan bahawa wujudnya peluang pekerjaan dan masa depan yang cerah dalam bidang muzik” kata Dr P’ng.
“Kami sentiasa bekerjasama dengan pelajar kami, jadi kejayaan ini patut dikongsi bersama alumni dan pelajar-pelajar kami, begitu juga dengan tenaga pengajar kami. Setiap seorang di sini memainkan peranan dalam usaha meningkatkan pencapaian UCSI and iMus sehingga ke hari ini dan apabila kami bersatu-padu, segalanya menjadi lebih hebat dan cemerlang.”
“Kami akan terus berusaha kuat untuk mempertahankan kejayaan ini. Kami sasarkan untuk menjadi pilihan utama, bukan sahaja untuk pelajar tempatan, tetapi juga untuk pelajar dari seluruh dunia. Kami gembira prestasi dan kedudukan kami di peringkat global ini memperlihatkan cita-cita kami.”
iMus dikenali sebagai pusat pengajian muzik yang utama di Malaysia dalam pengajian muzik klasikal dan kontemporari. Ia telah melancarkan karier untuk penggiat-penggiat seni terkemuka, antaranya adalah seperti Dr Joanne Yeoh, Dennis Lau dan komposer terkenal Onn San.
Semakin rancak mencapai kejayaan, iMus sentiasa melangkaui kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran. Institut ini mengadakan pertandingan piano peringkat wilayah dan ia juga telah diperluaskan dengan mengadakan persidangan muzik yang mengajar pelajar-pelajarnya pengetahuan pedagogi.
Kekuatan iMus yang jelas ditonjolkan di dalam penilaian ini adalah salah-satu persediaan untuk mencapai kejayaan dan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi untuk UCSI. Universiti UCSI seronok menikmati kecemerlangan menjadi universiti yang terpantas meningkat naik di Asia selepas melonjak naik 131 tangga di dalam penilaian QS University Rankings: Asia 2018 – sekaligus menempatkan UCSI di dalam 1.8% universiti yang terhebat di Asia.
UCSI adalah satu daripada dua universiti swasta di Malaysia yang tersenarai di dalam penilaian QS sedunia ini.
Ratu ‘Red Carpet’, Zendaya Betul-Betul Ikon Fesyen Generasi Masa Kini

Apa saja jenis stail yang Zendaya tak boleh gayakan?
Soal kecantikan, fesyen dan keperibadian Zendaya tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau sering membawa aura glamour, klasik dan friendly pada sesiapa sahaja yang menatapnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Ini Masa ZENDAYA! Pelakon Euphoria Jadi Pemenang Dua Kali Termuda Di Emmy’s
Tambahan lagi bila lagaknya di karpet merah yang terlihat penuh yakin, tiada apa yang kurang tentang aktress yang berusia 27 tahun ini. Berikut antara momen karpet merah yang best dressed, menurut penulis.
- Cinderella
Zendaya di Met Gala 2019, dalam busana gaun Cinderella dari Tommy Hilfiger.

2. Gaun Metal

Di Met Gala 2018 pula, Zendaya menyerlah dalam gaun besi inspirasi Joan of Arc, dari Versace.
3. Gaun Tropikal Cetakan Burung

Met Gala 2017, Zendaya mengenakan gaun tropikal dengan cetakan burung nuri rekaan Dolce & Gabbana.
4. Belahan Kala Jengking

Zendaya memukau dalam gaun Roberto Cavalli di Emmy 2021. Tiada daya lagi untuk diungkap betapa Zendaya memenuhi gaya tersendiri dalam menyarung dress hitam ringkas ini. Namun dibalik belakang, rangka keemasan menjalar kemas diambil dari susuk misteri kala jengking.
5. Wet Look
Di Festival Filem Venice 2021, Zendaya mengetengahkan wet-look. Gaun kulit merupakan rekaan Balmain.
6. Ala Barbie

Foto – Getty
Ketika tayangan perdana filem Spiderman, Zendaya ala Barbie dalam gaun ikonik merah jambu dari Ralph & Russo.
7. Sarang Labah-Labah

Tema sarang labah-labah! Zendaya memukau dalam busana rekaan Valentino dipakai ketika tayangan perdana Spiderman.
8. Kuning Memukau

Ala Mermaid dalam gaun kuning mentari rekaan Valentino menyerlahkan lagi kejelitaan Zendaya di Oscar 2021.
9. Gaun Hitam Putih

Gaun hitam putih Valentino ini pernah dipakai oleh model Linda Evangelista tahun 1992. Zendaya memakainya semula ketika tayangan perdana Euphoria.
10. Seksi Dalam Gaun Paduan Hitam Hijau

Hadir ke NAACP2023, Zendaya tampil seksi dalam gaun hitam dan hijau dari koleksi Versace 2002.
11. Gaun Merah Jambu Dari Valentino

Hadir SAG2023, Zendaya cantik sekali dalam gaun merah jambu muda dengan tampalan bunga mawar dari Valentino. Dengan ketinggian 178cm dan bertubuh kurus, apa sahaja yang disarung nampak elegan dan menawan sekali.
Cuba undi, dress mana yang paling korang suka?!
BACA LAGI : ‘Perang’ Stail Antara Zendaya & Jung Hoyeon! 10 Gaya Karpet Merah Di Emmy’s 2022
BACA LAGI : 7 Transformasi Gaya Rambut Zendaya, Terkini Curly Bob. Guna Jari Je Nak Buat!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bakal Beraksi 2 Hari Di Kuala Lumpur, IU Beri Snek Pada Peminat Yang Sudi Menunggu Di KLIA!

Seperti dimaklumkan, penyanyi terkenal asal Korea Selatan, IU bakal mengadakan konsert secara langsung di beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Sejak kehadirannya pada tahun 2019, IU atau nama asal Lee Ji-eun akan kembali bertemu dengan peminat di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Jun ini!

Terbaru, penyanyi IU telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), untuk konsert jelajahnya ‘H.E.R. WORLD TOUR’ dan bagi menyambut kedatangan pelantun lagu Love wins all itu di Malaysia, peminat (UAENA) telah setia menunggu IU di lapangan terbang dan terus bersorak sejurus ketibaan penyanyi itu.
Menerusi aplikasi X, UAENA telah berkongsi beberapa momen ketika kehadiran IU. Malah, apa yang lebih menarik, IU turut memberikan snek buat mereka yang menunggunya di situ.

“Si manis Jieunnie beri snek pada kami! (Sudah tentu kami tahu ada beberapa UAENA muslim yang tidak dapat makan) Cuma ambil gambar untuk kenangan!” – @_HannanLM
Sekaligus, mengukuhkan lagi alasan mengapa IU sangat disayangi oleh peminat dan juga orang ramai.
Sekadar info, IU baru sahaja melancarkan album The Winning Februari lalu. Dalam pada itu, IU sedang melakukan konsert jelajah di beberapa negara termasuk Kuala Lumpur, Jakarta, Manila, Taipei, Yokohama, Singapore, Bangkok dan beberapa negara di eropah dan amerika.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.