Satu perkembangan positif dan mungkin sedikit mengejutkan bagi ramai orang apabila Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan supaya sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa rakyat Malaysia dan antarabangsa mungkin sekali dibenarkan ke luar negara bagi tujuan melancong seawal Januari 2022!
Wah macam best ni!
Berikut adalah intipati atau faktor yang diambil kira kepada cadangan pembukaan semula sempadan negara :
1) Mengambil maklum situasi sektor pelancongan negara yang menyaksikan pemulihan agak perlahan disebabkan ketiadaan pelancong antarabangsa yang memasuki negara ini selain operator sektor ini yang memerlukan masa dan sumber untuk memulakan perniagaan mereka.
2) Mengambil kira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik, di mana kadar vaksinasi terhadap COVID-19 negara ini mencecah kira-kira 95 peratus populasi dewasa Malaysia serta 76.7 peratus remaja sudah mencapai vaksinasi lengkap.
3) Banyak negara seperti Jerman, Switzerland, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang sudah membuat keputusan di peringkat kerajaan masing-masing untuk membenarkan kemasukan pelancong atau pelawat dari Malaysia, biarpun negara terbabit masih lagi berhadapan dengan cabaran penularan COVID-19. Tetapi sebahagian besar penduduk di negara terbabit sudah menerima vaksin dos kedua.
4) Malaysia mempunyai tahap vaksinasi antara yang terbaik di dunia. Kalau sampai begitu, apa faedah yang patut kita raih daripada tahap vaksinasi yang sudah begitu tinggi ialah untuk membenarkan pelawat asing datang ke negara kita.
5) Buka sempadan kita supaya faedah itu akan dapat dinikmati Malaysia tetapi sentiasa berjaga-jaga dengan prosedur operasi standard (SOP) dengan ujian calitan.
hmmm…apa pendapat korang?
Sumber: Berita Harian