Kita sedang menyaksikan seorang lagi ikon fesyen remaja – in the making.
Ramai peminat Marvel kini yang tidak sabar-sabar lagi untuk menonton filem Ms. Marvel di platform Disney+ Hotstar, dan pelakon utamanya membuatkan perasaan tersebut semakin membuak-buak menerusi kemunculannya di acara pelancaran Ms. Marvel di sekitar Amerika Syarikat bermula awal Jun lalu.
Iman Vellani, 19 yang memegang watak Kamala Khan aka Ms. Marvel bukan saja bijak berkata-kata, mempunyai personaliti menarik malah kini dilabel sebagai seorang ikon fesyen remaja – in the making.
Ini setelah Iman tampil dalam beberapa gaya menarik dan di luar kotak sewaktu acara pelancaran Ms. Marvel.
Terbaru sewaktu berada di Los Angeles pada minggu lalu, Iman telah memadankan gaun ungu gelap elegan ciptaan Gaurav Gupta dengan – well – sneakers!
Gaun yang mempunyai perincian ruffle pada bahagian bahu, dada dan pinggul itu tidak langsung ‘menenggelamkan’ pelakon berketinggian 1.68cm ini. Malah, ia kelihatan manis terletak pada Iman yang memilih gaya rambut beralun persis rekaan gaun tersebut.
Namun apa yang menjadi tumpuan (sekali lagi) adalah pemilihan kasut Iman. Dia memilih sepasang loafers jenama Stella McCartney yang mempunyai kemasan berkilat dengan platform tebal.
Biarpun idea penggayaan ini sedikit di luar kotak, ia dilihat amat bertepatan dengan usia Iman yang masih remaja.
Ini bukanlah kali pertama Iman mengenakan sneakers di karpet merah. Sebelum ini, dia pernah memakai Converse dengan gaun merah meleret sewaktu acara tayangan istimewa Ms. Marvel.
Untuk pengetahuan korang, siri Ms. Marvel bakal menemui semua peminat dunia MCU di platform Disney+ HotStar bermula 8 Jun.
Ia menceritakan tentang seorang remaja Muslim di Jersey City, Amerika Syarikat bernama Kamala Khan yang merupakan seorang gamer tegar, pembaca ‘fan-fiction’ dan peminat super hero terutamanya Captain Marvel.
Begitupun, karakternya agak janggal di sekolah dan kadangkala di rumah; Kamala sukar untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling hinggalah dia memperolehi kuasa istimewa seperti super hero yang diminatinya.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Ms. Marvel’ Adiwira Wanita Muslimah Pertama, Bakal Ditayangkan Di Disney+ – REMAJA
BACA LAGI : [Foto] Cantik & Sopan, 8 Gaun Sari Pernah Digayakan Di Karpet Merah Cannes – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.