Telefon Pintar Baru Nokia Ini Boleh Tahan Lasak Walaupun Jatuh Lantai?

Share

Bagi yang pernah melalui zaman kegemilangan telefon bimbit Nokia, tentu korang sedia maklum tentang betapa asak dan tahannya peranti keluaran jenama dari Sweden itu.

Suatu ketika dahulu Nokia-lah jenama telefon bimbit nombor satu di Malaysia. Namun dengan kemunculan jenama peranti lain yang lebih popular dan mendapat publisiti meluas, ia ternyata semakin ‘tenggelam’.

Foto: WIRED

Situasi itu mungkin sekali akan berubah apabila Nokia bakal mengeluarkan satu model telefon pintar pada 27 Julai ini seperti teaser yang dimuat naik di laman Twitter.

Nokia Mobile memuat naik foto model berwarna off-white dengan bahagian lensa kamera pada bahagian tengah itu dengan tulisan “With our newest Nokia phone you will never need a case again”.

Teaser terbaru ini seakan-akan ingin melaungkan kelebihan telefon pintar kNokia yang diketahui umum tahan lasak; namun kali ini lebih lasak sehinggakan ia tidak memerlukan casing

. Bahagian belakang model ini kelihatan seperti diperbuat daripada material yang berlainan daripada plastik biasa.

Walaupun masih belum ada kenyataan susulan mengenai produk ini, ia telah mendapat perhatian warganet.

Menurut laporan GSM Arena, rekaan telefon ini mirip model Nokia X10 dan Nokia X20 dengan mempunyai 4 lensa kamera pada bahagian belakang. Pada bahagian tengah kamera juga kelihatan logo jenis kamera ZEISS.

Sama-sama kita nantikan sama ada benar atau tidak Nokia bakal mengeluarkan telefon pintar baharu ini. Ada yang mengatakan model baharu ini dinamakan sebagai Nokia XR20 tapi info itu masih belum disahkan oleh Nokia sendiri.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman