Hari ini kecoh di media sosial tentang laman sesawang pendaftaran vaksin yang tidak memuaskan dan tidak menepati standard, ramai individu yang cuba mendaftar mengalami masalah. Apatah lagi apabila memikirkan dana besar bernilai RM70 juta yang digunakan untuk membangunkan laman tersebut, seharusnya ia berfungsi dengan lebih baik.

Dalam satu hantaran di laman Instagram yang dikeluarkan oleh pejabat setiausaha agung MUDA menerusi kenyataan yang bertajuk Laman Sesawang Vaksin : Dedah Siapa Dapat Kontrak RM70 Juta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Parti MUDA (@partimuda_)

Ads

“Menteri Penyelaras Imunisasi Vaksin Covid-19, YB Khairy Jamaluddin mesti menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat berkaitan laman sesawang pendaftaran vaksin.

“Selepas beberapa kali laman sesawang ini gagal menepati standard, serta gagal memudahkan rakyat mendaftar bagi mendapatkan vaksin, rakyat mula mempersoal beberapa masalah, antaranya, adalah menggunakan ‘cloudfare’ yang percuma.

Ads

“Ini menimbulkan banyak tandatanya kerana kos yang digunakan bagi membangunkan sistem serta laman seswang ini berjumlah hingga hampir RM70 juta. YB Khairy Jamaluddin mesti mendedahkan, siapakah yang mendapat kontrak bagi membangunkan laman sesawang ini. Rakyat Berhak tahu,” jelas Amir Abd Hadi yang merupakan setiausaha agung parti tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Ads

Selain itu, Presiden Parti MUDA Syed Saddiq, memuatnaik video TikTok yang mempersoalkan perkara ini. Dalam hantaran itu dia menulis, “Pergi ke internet nak daftar vaksin, registration tutup! Ini ke sistem RM70 juta yang rakyat bayar?”

*** Hari ini kes positif Covid-19 telah mencatatkan sebanyak 7478 kes, ia merupakan angka yang sangat membimbangkan. Kita jaga kita, pastikan anda semua kekal menjaga kesihatan diri dan penjarakan sosial. Kalau boleh kekal duduk di rumah dan jangan keluar jika tiada keperluan yang mendesak. Menurut YB Khairy Jamaluddin, Julai nanti sebanyak 2 juta dos vaksin Pfizer akan tiba di Malaysia. Semoga kita menjadi sebahagian rakyat yang akan menerima dos tersebut nanti.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI