Ramai yang menganggap menjadi selebriti adalah ‘batu loncatan’ untuk merasa kehidupan mewah kerana lazimnya pekerjaan mereka dikatakan mendapat bayaran yang tinggi.
Namun begitu, tidak semua selebriti mampu bergaya mewah, tetapi tak dinafikan juga segelintir daripadanya menjadi lebih senang apabila bergelar seorang anak seni.
Contohnya di luar negara, kekayaan selebriti mereka tidak lagi menjadi rahsia, malah ada yang sudah bergelar jutawan di usia yang masih muda.
Berikut kami senaraikan antara 10 selebriti terkenal United Kingdom (UK) yang menjadi individu terkaya berusia bawah 30 tahun.
US$323 juta- RM1.35 bilion
Bintang popular dunia ini sudah tiga tahun berturut-turut berada dalam senarai paling terkaya. Ed Sheeran turut memecah rekod lagu paling banyak distrim di Spotify menerusi lagu Shape of You dan kutipan tertinggi tontonan siri jelajah ÷ Tour.
US$107 juta- RM447.6 juta
Popular menerusi kumpulan One Direction, Harry meraih kekayaan melalui kerjaya muzik solonya dan mempunyai beberapa tawaran berlakon.
US$89.9 juta- RM376.1 juta
Selepas memenangi program realiti TV The X-Factor, kumpulan Little Mix mencatatkan rekod luar biasa apabila mampu menjual lebih 60 juta rekod. Mereka juga turut menjadi duta jenama barangan serta pempengaruh di media sosial.
US$77 juta- RM322 juta
Walaupun tidak sepopular Harry, Niall juga meraih kekayaan sewaktu menjadi ahli One Direction dan kemudiannya menghasilkan dua album solo. Dia turut menceburi dunia perniagaan, termasuklah melabur dalam jenama Gym+Coffee dan Modest! Golf.
US$70 juta- RM292.8 juta
Memulakan kerjaya sebagai model dan duta produk, Cara kemudiannya menceburi bidang perniagaan dan melabur dalam jenama Lora DiCarlo. Dia juga bergiat aktif sebagai pelakon di Hollywood.
US$63 juta- RM263.56 juta
Louis juga turut mengikut jejak langkah ahli kumpulan One Direction yang lain dengan mengeluarkan album solo pada tahun 2020.
US$63 juta- RM263.56 juta (28 tahun)
Liam antara tiga ahli kumpulan One Direction yang paling kaya dan dia juga sering mempamerkan kekayaannya dengan berkongsi koleksi kereta Lamborghini miliknya.
US$58 juta- RM242.64 juta
Tidak dapat dinafikan lagi, selebriti wanita ini meraih kekayaan dengan hasil muzik dan tariannya yang membawa dia ke tangga teratas di dalam carta. Dua Lipa juga menjadi jurucakap beberapa jenama terkenal, antaranya Versace dan Yves Saint Laurent (YSL).
US$51 juta-RM213.36 juta
Walaupun menjadi individu yang pertama meninggalkan kumpulan One Direction, Zayn antara yang kurang ‘kaya’ daripada empat lagi rakan kumpulannya itu. Namun, dia pernah menghasilkan tiga album solo.
US49.5 juta- RM207.08 juta
Kebanyakan hasil kekayaan penyanyi lelaki ini adalah datang daripada lagu popular Stay With Me dan konsert jelajah dunia yang mengaut lebih US$84 juta (RM351.4 juta).
Muda-muda lagi dah bergelar jutawan. Inilah dinamakan rezeki kan. Hiks! Tidak mengenal umur, kalau rajin berusaha pasti ada hasilnya. Betul tak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)