
Pelantun lagu Hapus, Masya Masyitah sekali lagi membanggakan kedua ibu bapanya apabila berjaya memiliki rumah kedua pada usia semuda 21 tahun.
Sebelum ini, Masya pernah membeli sebuah kondominium secara tunai bernilai RM300,000 pada tahun 2019. Kira-kira dua tahun kemudian, penyanyi remaja ini terus menambah jumlah aset apabila baru-baru ini memuat naik foto selepas menerima kunci kediaman keduanya.
BACA: Mampu Beli Rumah ‘Cash’ Ketika 19 Tahun, Ini Rahsia Masya Masyitah
Foto kediaman dua tingkat ini disertakan dengan kapsyen berbunyi, “The greater your storm, the brighter your rainbow. Alhamdulillah syukur Ya Allah.”
Ramai meninggalkan komen mengucapkan tahniah dan memuji Masya kerana sudah bijak mengumpul aset pada usia di mana kebanyakan remaja lain sibuk menghabiskan wang ke arah item seperti pakaian dan gajet.
Semoga kejayaan yang dikecapi Masya Masyitah ini memberi semangat buat anak muda lain untuk terus berusaha dan memiliki kediaman sendiri. Congratulations sister!
Sumber: (1)
BACA LAGI : Masya Masyitah Harumkan Nama Malaysia, Muncul Juara Dalam Rancangan Realiti Antarabangsa – REMAJA
#Bangga, Filem Malaysia Ini Akan Tayang Di Festival Filem Tokyo 2020!

Ketika industri perfileman seluruh dunia terpaksa menghentikan sebentar momentum mereka dalam melancarkan naskah baharu, sebuah filem arahan dan terbitan anak tempatan kita ini berjaya untuk mengharumkan nama negara.

Pengarah, Edmund Yeo muncul dengan filem berjudul Malu yang akan mula ditayangkan pada 13 November ini.
Dan sekiranya korang cuba untuk mencari tiket secara online di pawagam Malaysia – emm – tunggu dulu. Ini kerana filem tersebut bukan ditayangkan di sini tetapi di Jepun sempena Festival Filem Tokyo!
WHOA.
“Saya tidak sabar untuk kembali semula ke Festival Filem Tokyo. Ia merupakan acara yang mempunyai sejarah yang hebat dan saya telah menghadirinya sejak bergelar pelajar universiti lagi. Ia berbeza dengan festival lain kerana filem-filem yang ditayangkan di sana banyak membantu saya ‘berkembang’ sebagai seorang pembuat filem tempatan.
“Malu adalah sebuah filem berbajet sederhana, yang dibuat dengan kasih dan sayang. Para pelakon dan kru produksi banyak berkorban demi merealisasikan projek ini dan kami berbangga apabila ia ditayangkan juga walaupun dalam musim pandemik,” katanya.
Seperti judul filem ini, elemen perasaan malu itu menjadi tonggak jaan cerita terutamanya di kalangan watak yang ditonjolkan. Kata Yeo, ia berkait rapat dengan malu terhadap masa silam, terhadap kekurangan diri sendiri untuk berkomunkasi, malu dengan kesedihan hidup dan sebagainya.
Bagaimanapun, untuk tayangan di Jepun dan kelak di China, tajuk Malu tersebut akan ditukar kepada A Day Without Horses (Jepun) dan Road of Dreams (China).
Tambah Yeo lagi, Malu terhasil daripada kolaborasi di antara dirinya dengan seorang pelakon wanita bernama MayJune Tan. Jika sebelum ini dia hanya bergelar pelakon dalam projek Yeo, kali ini dia mencuba untuk menerbitkan filem ini dari belakang tabir.
Hasilnya, Malu mengambil ilham daripada pengalaman Yeo dan MayJune sendiri.
Secara ringkas, Malu menceritakan tentang kehidupan 2 beradik perempuang bernama Hong dan Lan. Mereka terpisah setelah nenek mereka menculik Hong demi memeliharanya daripada jagaan ibu mereka yang hanya merosakkan kehidupan anak-anaknya.
Menarik bukan!

Sayangnya, filem-filem arahan Yeo sebelum ini tidak ditayangkan di pawagam negara kelahiranya sendiri, Malaysia. Malu juga menerima nasib yang sama.
Bagaimanapun, mereka sedang berbincang untuk menayangkannya di platform strim, MUBI agar peminat filem tempatan boleh menontonnya dari rumah.
Sebelum itu, jom tonton klip acah filem Malu.
Dengar Rayuan Staf Zoo Negara, Ustaz Ebit Liew Bantu Haiwan Kelaparan.

Pandemik Covid-19 ternyata melumpuhkan ekonomi banyak sektor terutama sekali pelancongan. Zoo Negara yang menempatkan banyak haiwan turut menerima nasib sama apabila jumlah pengunjungnya kurang dari biasa.
Ustaz Ebit Liew adalah nama yang kita semua patut tahu sebagai orang Malaysia. Kerja-kerja amal jariah yang banyak dilakukannya ternyata membuka mata kita akan nilai mengambil tahu dan saling membantu di antara satu sama lain.
Terbaru, kasih yang dia miliki bukan hanya untuk manusia namun untuk haiwan juga. Menerusi perkongsian menerusi laman Facebooknya, Ustaz Ebit Liew menyatakan yang dia berasa sayu apabila mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana.
Perbelanjaan RM1 juta sebulan untuk makanan dan penyelenggaraan Zoo negara terjejas dek pendapatan yang menyusut semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Berkongsi kisah, dia berkata, “Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.
“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara.”
Semoga jasa baik dan keprihatinan Ustaz Ebit Liew menjadi contoh yang baik buat kita semua.
Kalau anda ingin menghulurkan bantuan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara, anda boleh menjadikan hidupan ini sebagai haiwan angkat menerusi program yang disediakan. Sila lawati alamat ini untuk maklumat lanjut. https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html
Sumber foto: Facebook Ustaz Ebit Liew
Kuasa Asia! K-pop Tawan VMAs 2022 Menerusi Blackpink, BTS & Seventeen

Selebriti K-pop menjadi salah satu topik perbualan utama sempena acara MTV Video Music Awards (VMAs) 2022 hari ini apabila kumpulan Blackpink, BTS dan Seventeen masing-masing memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Blackpink yang baru-baru ini meluncurkan lagu terbaru, Pink Venom bersempena album Born Pink yang bakal menyusul tidak lama lagi tidak mengecewakan para Blinks apabila menguasai pentas VMAs dengan persembahan lagu tersebut secara langsung.
Nak tau bagaimana kami tahu Pink Venom amat diminati? Lihat sajalah pada Taylor Swift yang sakan menari mengikut rentak lagu tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : “Terkejut!” Peminat Teruja Taylor Swift Akan Muncul Dengan Album Ke-10 Oktober Ini – REMAJA
Tidak cukup sekadar menghangatkan suasana, Blackpink turut membawa pulang trofi VMAs bagi kategori Best Metaverse Performance menerusi projek kolaborasi mereka berjudul Ready For Love bersama permainan video popular, PUBG.
Sementara itu, salah seorang ahlinya iaitu Lisa Manobal mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi solo K-pop PERTAMA dalam sejarah penganjuran VMAs untuk membawa pulang trofi idaman ramai itu. Ia adalah menerusi kategori Best K-pop bagi lagu LALISA.
Sambil menamakan kumpulan peminat Blackpink, Blinks sebagai punca kemenangannya, Lisa turut berterima kasih kerana menjadikan impian ini satu realiti buatnya dan ahli Blackpink lain.
Dalam pada itu, SEVENTEEN juga tidak terkecuali membawa pulang trofi VMAs pertama mereka menerusi lagu Rock With You dalam kategori Push Performance of the Year.
Biarpun tidak dapat berada di sana, Vernon SEVENTEEN mewakili ahli lain dalam ucapannya dan berkata, “Ini adalah satu penghargaan besar untuk menjadi artis K-pop pertama dipaparkan bagi MTV Push; apatah lagi menerima anugerah Push Performance of the Year.”
Tambah Mingyu SEVENTEEN, “Terima kasih VMAs, dan terima kasih kepada peminat kami CARATS atas sokongan dan kasih sayang anda.”
Certainly not the least, kumpulan sensasi BTS melengkapkan kemenangan trio K-pop ini dengan kemenangan Group of the Year untuk tahun keempat berturut-turut di VMAs. Wow! Tak beri peluang langsung ya kepada kumpulan lain, hehe..
“Kami tidak boleh melakukannya tanpa sokongan anda semua. Terima kasih ARMY.”
Jelas, kuasa hiburan Asia terutamanya dari Korea Selatan akan berada di sini untuk satu jangka masa yang amat panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.