Kali terakhir penyanyi Malaysia menyanyikan semula lagu asal berbahasa Korea ke dalam bahasa Malaysia adalah menerusi lagu Sonata Musim Salju nyanyian Hazami dan lagu Ku Juga Mencintaimu nyanyian Saiful.
Namun, jarang sekali penyanyi Malaysia yang mengalih bahasa lagu asal nyanyian mereka kepada bahasa Korea. Inilah keistimewaan projek terbaru oleh penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul.
Single terbarunya, Sepi telah dialih bahasa ke bahasa Korea dan ia bakal menemui peminat tidak lama lagi.
Sepi versi bahasa Korea ini adalah langkah permulaan Aina untuk mencuba pasaran muzik di luar Malaysia.
Satu faktor yang menyakinkan Aina mencuba projek ini adalah disebabkan pertolongan seorang rakan kolejnya bernama Alice. Alice kini bermastautin di Korea Selatan dan berkhidmat di salah sebuah syarikat label Korea sebagai penulis lagu.
“Sejak zaman belajar, Alice gemar kongsikan perihal muzik K-pop kepada Aina hingga membuatkan Aina berminat mendengar muzik K-pop dan seterusnya memuat naik beberapa video cover lagu K-pop.
“Aina hubungi Alice untuk meminta pertolongannya menerjemah lirik Sepi ke dalam bahasa Korea. Dari situ, terhasillah versi baharu ini,” kongsinya semasa ditemui di sidang media pengumuman kolaborasi Aina Abdul bersama jenama kosmetik tempatan, Trulooks.
Ads
Sejak mencuba rangkaian produk penjagaan kulit Truskin selama tiga bulan secara konsisten, Aina telah melihat perubahan ketara pada kulit wajahnya.
Ia tidak lagi berminyak seperti dahulu yang menjadi punca kulit Aina dinaiki jerawat dan berdepan isu kulit tidak sekata.
Mana Datang Keyakinan?
Berbalik semula kepada percubaan Sepi versi bahasa Korea ini, Aina sedar respon yang diterima daripada pendengar mungkin boleh berbelah bahagi.
Ads
Sebelum ini pun jika ada penyanyi tempatan yang cuba menyanyi dalam bahasa asing, pasti ada yang menyokong dan akan ada juga yang mengecam penguasaan bahasa asing penyanyi tersebut yang lemah.
Baginya, itu tidak sama sekali dijadikan penghalang untuk dia melancarkan Sepi versi bahasa Korea ini.
“Sebenarnya, Aina pandai mengajuk bahasa asing seperti bahasa Korea. Jadi dari situ Aina yakin untuk mencuba projek baharu ini.”
“Lagipun, kalau kita amati muzik Korea pun ada menyelitkan bait lirik berbahasa Inggeris dalam lagu mereka.
Ads
“Biarpun sebutan bahasa Inggeris penyanyinya tidaklah sempurna, pendengar masih boleh menerima lagu tersebut kerana bahagian bahasa Inggeris itu terselit kemas dalam lagu. It fits the song.
“Pada masa yang sama, Aina telah mengumpulkan sekelompak pengikut berbangsa Korea yang menyokong video nyanyian cover yang pernah Aina muat naik. Projek baharu ini Aina anggap sebagai satu penghargaan di atas sokongan mereka selama ini,” katanya lagi.
Tambah menarik apabila penyanyi Sumpah ini turut menghasilkan sebuah klip video istimewa bagi Sepi versi bahasa Korea.
Klip video tersebut bakal dilancarkan pada 5 April ini di saluran YouTube rasmi Aina Abdul dan ia turut menyelitkan sarikata ‘romanized’ bahasa Korea agar para Ainations mudah menyanyi bersama-sama.
Itulah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Tapi, tak sangkalah pula ‘tupai’ yang seorang ini ada rupa paras yang kacak dan citarasa yang tinggi dalam fesyen!
Dragos Patrujel yang berketurunan darah Itali telah digelar sebagai ‘pencuri paling stylish‘ dalam rekod polis kerana cita rasanya kepada barangan jenama mewah bernilai beribu-ribu Pound.
Kini menetap di Great Britain, Dragos dilaporkan pernah mencuri barangan Hugo Boss bernilai £1,100, Tommy Hilfiger (£300) dan Calvin Klein (£160).
Bukan setakat itu, lelaki berusia 23 tahun ini juga pernah mencuri pakaian jenama Gant (£100) dan Armani (£60). Namun, akhirnya dia ditahan semasa sedang cuba mencuri beberapa cermin mata hitam dari pasaraya Tesco.
Alahai bro, dekat Tesco pula boleh kantoi.
Pegawai securiti pasaraya tersebut menahannya selepas alat membuka tag keselamatan kedai daripada pakaian milik Dragos dirampas mereka. Apabila pihak polis menyiasat di rumahnya pula selepas itu, mereka mendapati pakaian berjenama mewah yang pernah dicuri Dragos tersusun rapi.
Dragos sebelum ini sememangnya diburu oleh polis kerana kes mencuri pakaian.
Walaupun bergelar pencuri, namun kami tidak menyangkal bahawa Dragos adalah seorang yang kacak dan pandai bergaya. Carian di akaun Facebook mendapati dia gemar memuat naik foto dengan berpakaian cantik di beberapa lokasi berbeza.
Dragos juga pernah memuat naik status di Facebook berbunyi, “Style is a deeply personal expression of who you are, and everytime you dress, you are asserting a part of yourself.”
Satu lagi statusnya berbunyi, “I do think that you can dress yourself out of a problem.”
Err, kau boleh ke keluar daripada masalah mencuri?
Ketika hadir di makhamah pun untuk dibicarakan atas tujuh pertuduhan mencrui, Dragos masih bergaya dengan kot berwarna coklat dan seluar gelap.
Semasa mendengar pertuduhan pula, peguam yang mewakili Dragos memaklumkan bahawa tertuduh bukanlah seorang pencuri tegar. Sebaliknya, dia dibesarkan di Itali dan gaya hidup di sana membuatkan dia gemar untuk berpakaian mewah walaupun tidak berwang.
Dragos mengaku bersalah ke atas semua pertuduhan tersebut dan disebabkan itu, dia terlepas daripada hukuman penjara.
Selain terpaksa memulangkan semua pakaian yang dicurinya, Dragos juga diarahkan melakukan 150 jam kerja komuniti sepanjang tahun 2018.
Agaknya, Dragos akan memakai kot Dolce & Gabbana tak semasa menjalani hukumannya? Hehe.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selama 3 bulan kita semua tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana, mesti ramai yang telah bosan sebab berkurung di rumah kan.
Seperti sedia maklum banyak hotel dan tempat peranginan mula dibuka semula dan membuat promosi besar-besaran dengan harga yang begitu murah.
Dan ini merupakan berita baik untuk orang Putrajaya dan sekitarnya
Terbaru, 3 tarikan utama pelancongan di Wilayah telah pun beroperasi semula iaitu :-
1) Marina Putrajaya
2) Cruise Tasik Putrajaya
3) Pusat Rekreasi Air Putrajaya
Bersempena dengan pembukaan semula, ketiga-tiga tempat tarikan tersebut mengadakan tawaran promosi menarik yang disebut “TEN-Q TEN RINGGIT” — di mana pengunjung berpeluang mencuba semua kemudahan di sana dengan bayaran hanya RM10!
.
Promosi kaw-kaw itu hanya untuk tempoh 10 hari bermula 1 hingga 10 Julai 2020 sahaja!
Antara aktiviti menarik yang boleh anda dan keluarga cuba di Pusat Rekreasi Air Putrajaya adalah seperti permainan air dan BBQ.
Malah anda juga boleh menaiki cruise, love boat dan perahu Dondang Sayang jika singgah di Cruise Tasik Putrajaya.
.
Ia adalah sukan yang menggunakan banyak otot dan mudah untuk membakar kalori serta menyihatkan.
Musim-musim perintah kawalan pergerakan ini mesti korang bosan duduk dalam rumah dan mula la berfikir nak beriadah salah satunya dengan berenang.Kalau rasa terigin nak buat aktiviti sukan indoor seperti gimnasium, squash atau bermain snuker, bolehlah ke Marina Putrajaya.
Tapi, jangan risau dengan kebersihan dan tahap keselamatan anda serta keluarga jika datang makan angin ke sana, kerana pihak Marina Putrajaya telah menyediakan SOP yang ketat demi menjaga penjarakan sosial kepada pengunjungnya.
Cepat tau, promosi ini akan berakhir10 Julai nanti okay! Jangan terlepas, rugi tau! Hehehe…
Sumber: FB Marina Putrajaya
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelantun suara 'Makhluk Tuhan Paling Seksi' Mulan Jameela yang merupakan selebriti kelahiran negara jiran kita, Indonesia.
Kalau dulu kita semua sedia maklum bagaimana penampilannya sebelum ini, tapi tidak perlulah diungkit semula kerana kini Mulan sudah pun berhijrah dan tampil dengan imej berhijab.
Cantik sungguh bila personaliti ini berpakaian sempurna menutup aurat. Terbukti bahawa tidak mustahil untuk seseorang individu itu berubah menjadi lebih baik.
Penghijrahan selebriti Indonesia ini mendapat perhatian oleh seorang pensyarah yang memberi pandangannya terhadap perubahan positif yang dilakukan oleh Mulan Jameela.
Menurut Avana Fatni SyukurLee, ada 8 perkara yang kita semua boleh belajar daripada kisah hidup Mulan dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Hidayah itu milik Allah
2. Jangan cepat menghina dan menghukum peribadi orang yang mungkin tidak sealim anda
3. Iman itu boleh turun dan naik
4. Wanita berhijab, tertutup itu lebih indah berbanding yang terbuka
5. Lebih banyak ilmu agama dipelajari, lebih banyak keinsafan. Dia mendalami ilmu agama
6. Pilih kawan yang menuju ke syurga bukan neraka. Dia memilih untuk bersahabat pada yang membimbing ke syurga
7. Hijrahnya dengan meninggalkan apa yang dia suka buat sebagai artis
Kesimpulannya, semua manusia boleh berubah. Jangan pernah sesekali kita memandang rendah dengan peribadi orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian harinya.
Sungguh, hidayah itu milik Allah. Sebagai hambanya kita sentiasa perlu berdoa agar dibukakan jalan kebaikan dalam kehidupan seharian.
Moga kekal istiqamah, insyaAllah!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon veteran, Zulkifli Ismail, yang kini berusia 62 tahun, meraih perhatian peminat apabila menyatakan bahawa beliau kini sedang menyambung pengajian di Universiti...