Kecantikan wajah terutamanya bagi wanita merupakan satu penjagaan yang sangat penting. Disebabkan itu jugalah antara produk kosmetik yang paling laris di pasaran ialah produk kecantikan dan rawatan wajah.
Disebabkan itu, semua berlumba-lumba mendapatkan rawatan kecantikan di Spa dan pusat-pusat kecantikan. Tapi tu lah harga-harga rawatannya pun boleh tahan juga tinggi.
Saiz liang roma di wajah setiap individu berbeza antara satu sama lain. Folikel rambut atau nama mudahnya pori sangat penting kerana ia menjaga kelembapan kulit wajah dari terhidrat secara terus.
Biasanya apabila kulit menanggalkan lapisan luar sel-sel mati, pori akan menjadi tersumbat. Ditambah kelenjar minyak dan bakteria, ia memberikan kesan ketara pada wajah. Kelenjar minyak ini biasanya akan terus menghasilkan minyak menyebabkan liang menjadi kusam, tidak bermaya dan mudah dijangkiti.
Menjaga kesihatan kulit sangat penting dan membersihkan pori boleh dilakukan di rumah saja. Gunakan pun bahan alami, lebih murah dan mudah tanpa bazirkan banyak wang.
Dipetik dari laman Boldsky, ini tiga cara perawatan di rumah untuk membersihkan pori-pori agar kulit tampak sihat.
Sejak dulu tomato sangat berkesan membersihkan kulit wajah dan membantu meningkatkan struktur dan penampilan wajah. Sama ada di makan begitu saja atau digunakan untuk luar kulit.
Bahan:
Kisar tomato (gunakan ikut kesesuaian mahu dipakai)
Cara penggunaan :
Ambil tomato dikisar tadi di tangan lalu gosok secara lembut ke wajah selama beberapa minit. Selepas itu, biarkan di wajah sekitar satu jam.
Tahukah, putih telur sangat membantu membersihkan pori-pori kulit. Bukan itu saja, putih telur juga mencegah penuaan awal pada kulit. Manakala lemon pula mengandungi zat yang membantu mengecilkan pori-pori kulit.
Bahannya :
1 biji telur (ambil putihnya)
2-3 sudu makan perahan air lemon
Cara penggunaan :
Campur keduanya (putih telur dan air lemon).
Sapukan ke wajah.Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas sampai bersih dan cuci muka menggunakan air suam. Ulang cara ini selama seminggu untuk dapatkan hasil terbaik.
Serbuk penaik (baking soda) dan madu
Sifat pengelupasan dan antibakteria dari serbuk penaik yang dicampur dengan madu yang bersifat pelembap, anti radang dan anti oksidan memberikan cara terbaik untuk membersihkan pori-pori kulit secara mendalam.
Bahannya :
1 sudu makan baking soda
2 sudu makan madu
Cara penggunaan :
Letak baking soda dalam mangkuk. Tambahkan madu ke dalamnya dan campur kedua-dua bahan. Kemudian, sapukan ke wajah.
Biarkan selama 10-15 minit. Bilas dengan air suam.