Muka Herot Sebelah, Atlet Badminton Chan Peng Soon Disahkan Alami Bell’s Palsy

Share

Penyakit Bell’s Palsy selalunya bersifat sementara namun dalam beberapa kes, gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih bahkan ada yang kekal selama-lamanya.

Baru-baru ini, pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon disahkan menghidap Bell’s Palsy yang menyebabkan bahagian sebelah kiri mukanya lumpuh.

Perkara tersebut disahkan selepas pemain berusia 31 tahun itu berkongsi sebuah video yang menerangkan sambil menunjukkan bahagian sebelah mukanya itu berasa kebas.

Rakaman video itu juga kelihatan dia tidak dapat menutup mata dengan sepenuhnya serta bahagian mulut yang agak senget selain mengakui selain boleh menjejaskan misinya bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

“Saya tak pasti sekiranya anda pernah mendengar penyakit ini (lumpuh muka). Saya menghadapi penyakit ini sekarang,” tulisnya.
Rata-rata rakyat Malaysia mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat buat Peng Soon agar cepat sembuh dan membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Mari ambil tahu mengenai “bells palsy” ini?

Palsi Bell (Inggeris: Bell’s Palsy) merupakan penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini

Sesiapa yang didiagnoskan Bell’s Palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Selain daripada itu, aktiviti harian mereka juga turut terjejas antaranya seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain lagi.

Berbeza dengan kelumpuhan muka disebabkan penyakit seperti strok dan penyakit Lyme, sehingga kini penyakit Bell’s Palsy masih tidak diketahui punca sebenarnya tetapi ramai pengkaji perubatan percaya Bell’s Palsy dirangsang dengan jangkitan virus.

So kalau korang ada tanda-tanda di atas, berjumpa dengan doktor.

Published by
Ruziana Zainal