Gara-gara obses dengan perbuatan menghendap seorang pelajar perempuan beragama Islam dan menghantar daging babi seberat 1 kilogram ke hostelnya di dalam kampus universiti, seorang pelajar berketurunan Cina di United Kingdom telah dikenakan tindakan penjara.
Menurut laporan The Telegraph, pelajar lelaki kaukasian bernama Kaichen Ma itu bertukar obses terhadap gadis itu setelah sekali bertemu janji bersama. Pada malam 30 September tahun lalu, mereka telahpun meluangkan masa bersama di sebuah kelab malam lantas bertukar butiran peribadi.
Tidak lama selepas itu, mereka ke sebuah restoran makanan Turki dan ke sebuah pawagam pula. Di akhir temu janji kedua ini, Kaichen cuba untuk mengucup gadis tersebut di samping memegang lengannya sewaktu menemani pulang ke rumah.
Kaichen Ma.
Gadis tersebut kemudian tidak teragak-agak memperbetulkan pandangan lelaki itu dan berkata dirinya tidak berminat dengan tindakannya yang terlalu terburu-buru. Amaran tersebut nampaknya langsung tidak diendahkan oleh Kaichen apabila dia terus-menerus cuba menghubunginya menggunakan 44 nombor telefon berbeza!
Alamak.
Ads
Gadis yang juga merupakan seorang mahasiswi di Durham University itu mengambil keputusan untuk menghalang kesemua nombor asing yang cuba menghubunginya. Disebabkan tindakan tersebut Kaichen munculkan diri di dewan kuliahnya biarpun mereka tidak mengambil jurusan yang sama.
Takutnya!
Durham University.
Paling ketara obsesinya apabila dia bertindak menghantarkan daging babi yang sah-sah diketahui haram untuk penganut agama Islam. Selain ‘hadiah’ tersebut, gadis berketurunan Turki itu juga dihadiahkan dengan cincin Pandora, kad dan tiket penerbangan untuk melawat keluarga lelaki tersebut di negara kelahirannya, China.
Ads
Disebabkan oleh kesemua gangguan ke atas kehidupan peribadinya ini, mangsa tersebut dilaporkan mengalami tekanan mental dan meninggalkan kelasnya selama dua minggu disebabkan perasaan takut.
Biarpun Kaichen ditahan pada 1 Disember lalu setelah dia mengakui melakukan perbuatan menghendap gadis tersebut, namun dalam bulan yang sama dia meneruskan perbuatan menghantar mesej dan mengarahkan gadis itu untuk menarik semula aduan polis yang dilakukannya.
Nasib baik, mangsa bertindak realistik dan menyerahkan kes ini sekali lagi ke tangan pihak berkuasa. Pada 30 Januari lepas, Kaichen sekali lagi ditahan apabila dia cuba menghampirinya di kawasan awam. Akibatnya, lapor Daily Mail, Kaichen dikenakan hukuman penjara 28 bulan dan diperintahkan untuk menjauhi mangsa serta tidak cuba menghubunginya selama 15 tahun.
Ads
Macam-macam ya! Ini bukan sekadar kes yang berlaku di United Kingdom tetapi juga terjadi dalam kalangan masyarakat
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi satu helaian rasmi yang dimuatnaik ke platform media sosial, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad telah mengumumkan perletakan jawatannya daripada kabinet yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia hadir selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan, Selasa lalu,
Biarpun berterima kasih kepada Perdana Menteri di atas peluang untuk berkhidmat di dalam Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Noraini akur dengan keputusan parti.
Catat kenyataan rasmi Ahli Parlimen Parit Sulong itu, “Berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawattan sebagai menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketikan Parlimen bersidang.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.” Menariknya, perutusan tersebut tidak menyentuh golongan tenaga pengajar dan pelajar.
Perletakan jawatan secara tiba-tiba ini sekaligus menyaksikan adanya kekosongan yang perlu diisi di posisi penting tersebut. Tambahan pula dengan keadaan pandemik semasa yang memerlukan para pelajar dan kakitangan prauniversiti serta universiti untuk berusaha dengan lebih gigih lagi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).
Tinjauan di laman Twitter menyaksikan respon yang bercampur baur. Ada yang terkejut beliau sanggup membuat keputusan demikian demi parti yang diwakilinya. Tidak kurang juga yang merasakan keputusan ini membiarkan para pelajar lebih terpinggir manakala sebahagian lagi tidak sabar menantikan siapakah penggantinya.
Persoalannya, siapakah yang paling layak menggalas jawatan ini? Buat masa ini, tentulah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mansor Othman yang akan memangkunya. Adakah beliau akan menjawat sebagai Menteri? Sama-sama kita nantikan.
Sementara itu, bekas Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini yang pernah meletakkan jawatannya awal tahun 2020, Dr Maszlee Malik mengucapkan tahniah kepada Noraini. Adakah ucapan tahniah itu disebabkan keberaniaan beliau untuk melepaskan jawatan ataupun di atas sumbangan beliau selama memegang jawatan? Hhm.. you tell us.
Jika sebelum ini kerajaan Singapura pernah menggunakan perkhidmatan robot anjing bagi membendung penularan COVID-19 di negara tersebut. Terbaru, negara gajah putih iaitu Thailand juga mengambil pendekatan yang sama dengan mengunakan anjing.
Kerajaan Thailand telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melatih 6 ekor anjing penghidu jenis Labrador untuk mengesan individu dijangkiti COVID-19 tanpa gejala di lapangan terbang dan pelabuhan tertentu di Thailand, dengan kadar ketepatan sekitar 95 peratus.
Menurut laporan, anjing-anjing tersebut dilatih oleh Universiti Chulalongkorn dalam Fakulti Sains Veterinar.
Anjing juga mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh haiwan lain. Ia boleh dilatih untuk melakukan sesuatu perkara. Selain itu, anjing terkenal sebagai haiwan yang mempunyai deria bau yang kuat dan sangat luar biasa.
Jadi tidak hairan lah, Timbalan Dekan Fakulti Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Prof Dr Kaywalee Chatdarong di laman web Chula Journal berkata fakulti itu memutuskan untuk melatih anjing penghidu Labrador kerana ia jinak dan memiliki deria bau yang baik.
Dr Kaywalee juga berkata deria bau anjing adalah 50 kali lebih baik berbanding manusia dan menerusi peluh manusia, haiwan itu dapat menghidu individu yang dijangkiti virus tetapi tidak bergejala.
Apabila seekor anjing duduk,bermaksud individu itu tidak bergejala,” katanya.
Anjing penghidu juga digunakan di Finland, Jerman, Perancis dan Australia.
Pada masa depan, Dr Kaywalee berharap dapat melatih anjing untuk mengesan pesakit yang menghidap penyakit seperti diabetes, kemurungan, malaria dan Alzheimer.
Bagus juga idea anjing pengesan Covid-19 ni. Kalau bagus why not Malaysia tak cuba pendekatan ini kan? Buat jela apa-apa janji pandemik Covid-19 ni cepat hilang dari muka bumi…huhuhu
Sumber : Linda Khoo Hui Li — BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Timbul khabar angin di media sosial yang mendakwa beberapa sekolah dalam daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah telah diarahkan ditutup.
Ini semua dek kluster PUI Sivagangga yang kini hangat diperkatakan. Mereka yang baru sahaja pulang bercuti Hari Raya Aidiladha di kampung sekitar daerah Kubang Pasu dikatakan perlu menjalani saringan Covid-19 di klinik berhampiran.
Khabar angin ini sekaligus mengelirukan para pelajar yang inginkan penjelasan sama ada mereka dibenarkan untuk pergi semula ke sekolah bermula hari ini ataupun tidak.
*
Petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Negara iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meredakan kebimbangan itu apabila berkata tiada sebarang ‘kluster sekolah’ dilaporkan dan keadaan masih terkawal.
“KKM cuma menasihatkan para pelajar untuk mematuhi SOP yang ditetapkan di kawasan sekolah bagi mencegah Covid-19,” pinta beliau.
Jelas, tiada arahan larangan ke sekolah dikeluarkan oleh pihak KKM. Malah, tiada ‘kluster sekolah’ yang diumumkan seperti yang didakwa orang ramai. Yang ada hanyalah kluster PUI Sivagangga yang diarahkan tutup setelah beberapa kes didakwa bermula di situ.
Apapun, sila segera dapatkan pemeriksaan segera sekiranya korang ada mengalami simptom yang dikaitkan dengan wabak Covid-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...