Muka-Muka ‘Fresh’ Serikan Pencalonan Top 5 AME 2021, Januari Ini

Share

 

Setelah sekian lama menantikan keputusan pencalonan awal Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2021, akhirnya kita mengetahui siapakah wajah-wajah yang akan merebut undian peminat sempena edisi kali ini.

Pada sidang media pengumuman pencalonan akhir Top 5 AME 2021 pada hari ini telah menyaksikan wajah-wajah baharu dalam industri seni dan hiburan menghiasi kebanyakan daripada 16 kategori yang dipertandingkan.

Seperti biasa, wajah-wajah yang selalu ‘menang besar’ di AME sebelum ini seperti Khai Bahar

dan Siti Nordiana masih mengungguli beberapa kategori besar seperti Penyanyi MeleTOP Era, Lagu MeleTOP Era, Grup/Duo MeleTOP Era dan Artis Versatil MeleTOP.

Wany Hasrita
Nadhir Nasar
Nabila Razali

Turut mencuri tumpuan adalah kehadiran wajah baharu menerusi beberapa kategori. Ia membuktikan bahawa industri tidak ketandusan bakat ‘fresh’ yang saban tahun diketengahkan menerusi pelbagai jenis platform.

Ini termasuklah Nadhir Nasar (Artis Baharu MeleTOP), Meerqeen

(Artis Baharu MeleTOP), Dolla (Lagu MeleTOP/Grup atau Duo MeleTOP/ BBNU MeleTOP), Syahmi Sazli (Bintang Filem MeleTOP/Artis Baharu MeleTOP), Dini Schatzmann (Pelakon MeleTOP/Artis Baharu MeleTOP), Cupcake Aisyah (Influencer MeleTOP), Azfar Heri (Influencer MeleTOP), Azzam Sham (BBNU MeleTOP) dan Sharifah Rose (Influencer MeleTOP).

ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah Aqil Zulkiflee! 5 Fakta Tentang Pemenang YouTuber Popular ABPBH-34 Ini – REMAJA

So, jangan lupa untuk menyokong selebriti kegemaran korang dengan mengundi mereka bermula 6 petang hari ini sehingga 12 tengah hari pada 30 Januari 2020; iaitu pada hari sama berlangsungnya AME 2021.

Sedikit berbeza daripada undian pencalonan awal tempoh hari, undian untuk peringkat Top 5 ini boleh dilakukan menerusi empat kaedah atau cara iaitu :

  1. Menerusi aplikasi SYOK
  2. Menerusi laman web era.je
  3. Menerusi laman web Anugerah MeleTOP Era
  4. Menerusi SMS : Taipkan AME/AME3/AME5/AME10/AME20<jarak>kod calon dan hantarkan ke 33310.

All the best guys!

Published by
FZ