Muktamad, KPM Larang ‘Check’ Haid Pelajar Perempuan Di Semua Insitusi Pendidikan

Share

Pernah viral dan menjadi perdebatan netizen mengenai amalan ‘spotcheck’ pelajar perempuan secara fizikal terutamanya ketika datang bulan.

Akhirnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak mengeluarkan surat makluman berbentuk larangan amalan pemeriksaan tersebut di semua institusi pendidikan seluruh negara.

Foto Hiasan: BH.

Menurut laporan Kosmo, surat makluman bertajuk Peringatan Pemeriksaan Fizik Dalam Kalangan Murid Perempuan di Sekolah itu dikeluarkan KPM sejak 2 November lalu dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid.

ARTIKEL BERKAITAN : Warganet Kongsi Cerita Memalukan ‘Spot Check’ Semasa Haid Di Sekolah – REMAJA

BACA LAGI : ‘Convent Sisters’ Berjaya! Pajakan Tapak Sekolah CBN Akhirnya Dilanjutkan – REMAJA

Pihak KPM memandang serius berkait tindakan berkenaan terhadap pelajar perempuan di sekolah dan menegaskan bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan.

Foto : BH

“Semua jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah hendaklah memastikan amalan dan tindakan pemeriksaan fizikal khususnya berkaitan haid tidak berlaku di mana-mana institusi bawah KPM,” maklum surat berkenaan, memetik laporan Kosmo.

Sebelum ini, hal ini turut mendapat perhatian Datuk Seri Rina Mohd Harun  dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Netizen turut berkongsi pengalaman, rata-rata meluahkan rasa maruah pelajar perempuan ‘tercalar’ dek kerana guru-guru mereka ‘mencabul’ kemaluan mereka untuk memastikan mereka benar datang haid atau tidak…

So apa pendapat korang?

Sumber: Kosmo

Published by
Nana