Mula Berniaga Usia Remaja, Ini Kisah Di Sebalik Kejayaan ‘Raja Kurma’ Yusuf Taiyoob

Share

Bila dah dengar iklan Kurma Yusuf Taiyoob, itu tandanya bulan Ramadan dah hampir tiba.

Jenama Yusuf Taiyoob sudah tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Ia boleh dikatakan antara jenama kurma paling laris pada setiap bulan Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN : Penangan MR DIY, Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Kini ‘Terbang’ Ke Istanbul

Tapi, korang kenal tak orang penting di sebalik kurma berbisik ini ? Pengasasnya dahulu mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga muntah darah disebabkan tertekan dengan masalah perniagaan?  Ini merupakan cebisan kisah kejayaan Raja Kurma Yusuf Taiyoob.

Mula Berniaga Minyak Wangi Pada Usia Remaja

Datuk Seri Yusuf Taiyoob menceburi bidang perniagaan pada usia muda iaitu ketika berumur 21 tahun. Adat berniaga ada naik dan turunnya, perniagaan pertama yang diusahakannya ialah perniagaan minyak wangi. Pada waktu itu beliau turut mengeluarkan minyak wanginya sendiri secara kecil-kecilan untuk para pelancong. Kedainya yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tetapi panas tidak sampai ke petang. Setelah premisnya dipindahkan ke tempat lain, perniagaannya merundum teruk sehingga beliau terpaksa berhenti daripada meneruskan perniagaan tersebut. Tekanan yang dihadapi telah membuatkan beliau jatuh sakit dan muntah darah kesan daripada masalah perniagaan yang dihadapinya.

Tak Putus Harapan Dan Terus Mencuba

Beliau tidak pernah putus harapan dan mencuba menjual pelbagai jenis produk. Produk yang memberikan pulangan yang tinggi akan diteruskan, manakala produk yang tidak memberikan keuntungan tidak akan dijual lagi. Walaupun masih menghadapi pelbagai cabaran seperti vendor melarikan diri, tetapi beliau cuba menghadapinya dengan tenang dan profesional.

Kredit : yuta.com

Kesabaran serta kegigihannya terbalas apabila kini beliau telah menjadi seorang pengimport serta pengedar kurma yang disegani. Syarikatnya yang berpengkalan di Pulau Pinang bukan sahaja menerima permintaan dari dalam negara, tetapi juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan banyak lagi.

Syarikat yang diasaskan pada tahun 1988 itu, kini telah mempelbagaikan lagi produknya seperti jus buah-buahan, sabun herba, bahan membuat kuih-muih dan banyak lagi.

Sifat tidak mudah mengalah yang dimiliki oleh Datuk Seri Yusuf ini patut dicontohi oleh para remaja di luar sana. Walaupun pernah dihalau sewaktu ingin menjual produknya, inilah yang menjadi satu kenangan yang membawa dirinya untuk berjaya seperti sekarang.

Cayalah Datuk Seri Yusuf !

BACA LAGI : Pernah Ditolak Pinjaman Konon Tak Bertahan Lama, Marrybrown Kini Miliki 500 Restoran Di Seluruh Dunia

Sumber : ( 1 ) ( 2 ) ( 3 )

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana