Mula Diperkenalkan Di Dubai, Kit Kat Lotus Biscoff Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Share

Kit Kat Lotus Biscoff yang pertama kalinya diperkenalkan di Dubai kini sudah boleh didapati di pasaran Malaysia. Lapisan wafer Kit Kat yang mempunyai taburan cookie Lotus Biscoff di dalamnya adalah gabungan terbaik dengan rasa yang seimbang diantara kedua-dua pemanis mulut itu.

Sekiranya korang tertanya-tanya macam mana gambaran gabungan coklat tersebut, korang boleh rujuk seperti dalam gambar di bawah.

Instagram: @snackinginsaudi
Instagram: @fiiine.b.to_be.k
Instagram: @geschmackstesterin

Pembelian boleh dibuat menerusi aplikasi Lazada atau Shopee, tapi nampaknya stok adalah terhad. Jadi, sekiranya korang teringin nak rasa Kit Kat x Lotus Biscoff ni, kena selalu update dengan stok terbaru ya.

Kalau dilihat perbezaan harga antara Shopee dan Lazada memang agak ketara. Kami pun tidak dapat pastikan kenapa jurang perbezaan harga itu terlalu tinggi, tapi mungkin sebab di Shopee sudah ‘ready stock

‘, jadi korang buatlah pilihan dengan bijak ya. Hiks!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman