Mulai Hari Ini Dah Tak Boleh Rentas Negeri, Permit Dari Balai Pun Tak Boleh Mohon

Share

Sikap ingkar pada arahan agar tidak boleh rentas negeri namun ramai melakukannya dengan pelbagai alasan akhirnya membawa kepada ketegasan dari pihak kerajaan.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , kerajaan sudah bersetuju tidak membuka peluang lagi untuk perjalanan rentas negeri.
Yeay, inilah padahnya bila ramai yang curi-curi balik dan beri bermacam-macam alasan asal dapat balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri hinggakan lebuhraya menuju ke utara alami kesesakan mulai pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, kerajaan tidak benarkan lagi perjalanan rentas negeri dan orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis untuk membuat permohonan.

"Mulai hari ini juga, kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika cuba rentas negeri akan dikompaun.

"Kita semua sedia maklum, semalam seorang perempuan positif Covid-19 akibat daripada rentas negeri.

"Oleh itu, sudah tidak ada kompromi dan tidak ada tolak ansur mengenai rentas negeri," katanya ketika sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.




Menurutnya, sebanyak 2,412 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana cuba rentas negeri untuk pulang ke kampung semalam.

Katanya, minat orang ramai untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri masih tidak berubah.

"Kita sudah nasihat, sudah beri peringatan supaya tidak melakukan rentas negeri pada perayaan Aidilfitri ini tetapi masih ada yang cuba berbuat demikian.
"Kita terima laporan seramai 1,300 orang berkumpul di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk mohon rentas negeri.

"Kita sudah putuskan tiada lagi rentas negeri dan polis tidak akan memberi kebenaran lagi…tak payah lagi beratur panjang-panjang," katanya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros