Jadikan 5 amalan mudah ini sebagai amalan yang wajib kita lakukan setiap hari.

Permulaan hari yang baik serta berkualiti antara perkara penting bagi kita semua untuk mendapat tenaga yang positif dan melancarkan segala aktiviti harian kita. Pun begitu, kita sebagai umat Islam, sering alpa tentang amalan-amalan yang seharusnya dilakukan untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Oleh itu, berikut adalah contoh amalan Rasulullah S.A.W yang boleh kamu ikuti supaya hari kamu menjadi lebih baik dari semalam.

1. Menyapu muka

Mulakan Hari Dengan 5 Amalan Rasulullah S.A.W, Mudah & Banyak Kebaikan!
Sumber gambar: Gotta Get Beauty

Sucikan wajah dengan mengamalkan amalan mencuci muka dengan air yang sejuk. Ia bukan sahaja dapat menyegarkan kulit wajah namun ia merupakan antara amalan Rasulullah SAW ketika bangun pagi. Ada satu hadith yang berkaitan dengan amalan ini yang bermaksud;

“RASULULLAH BANGUN TIDUR, KEMUDIAN DUDUK SAMBIL MENGUSAP WAJAHNYA DENGAN TANGANNYA.”(RIWAYAT MUSLIM).

2. Berdoa

Mulakan Hari Dengan 5 Amalan Rasulullah S.A.W, Mudah & Banyak Kebaikan!

Sumber gambar: RNZ

Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Antara doa yang boleh kamu amalkan ialah:

Ads

Mulakan Hari Dengan 5 Amalan Rasulullah S.A.W, Mudah & Banyak Kebaikan!

3. Memberus Gigi

Mulakan Hari Dengan 5 Amalan Rasulullah S.A.W, Mudah & Banyak Kebaikan!

Sumber gambar: Cirocco Dental Center

Sudah menjadi amalan biasa bagi kita semua untuk menggosok gigi. Selain daripada aspek kesihatan ia juga adalah antara sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk kita ikuti. Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“APABILA RASULULLAH S.A.W BANGUN DARIPADA TIDUR, BAGINDA AKAN MEMBERSIHKAN MULUTNYA DENGAN BERSUGI.” (MUTTAFAQ ‘ALAIH)

Ads

4. Membasuh kedua-dua belah tangan

Mulakan Hari Dengan 5 Amalan Rasulullah S.A.W, Mudah & Banyak Kebaikan!

Sumber gambar: Prevention

Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“APABILA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU BANGUN DARIPADA TIDUR, MAKA BASUHLAH TANGAN KAMU TERLEBIH DAHULU TIGA KALI SEBELUM MEMASUKKAN KEDUA-DUA TANGAN KE DALAM BEKAS, KERANA KAMU TIDAK TAHU DI MANA TANGAN KAMU BERADA KETIKA SEDANG TIDUR.” (MUTAFFAQ ‘ALAIH).

Ads

5. Beristinthar

Mulakan Hari Dengan 5 Amalan Rasulullah S.A.W, Mudah & Banyak Kebaikan!

Sumber gambar: Beautylish

Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali. Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.

RASULULLAH S A W BERSABDA YANG BERMAKSUD : “APABILA SEORANG ANTARA KALIAN BANGUN TIDUR, MAKA BERWUDUKLAH DAN KEMUDIAN BERISTINTHARLAH SEBANYAK TIGA KALI KERANA SYAITAN BERMALAM DI BATANG HIDUNGNYA.” (RIWAYAT AL-BUKHARI)

Jadikan 5 amalan mudah ini sebagai amalan yang wajib kita lakukan setiap hari. Setiap kebaikan yang kita lakukan tidak kira sekecil zarah sekalipun pasti akan dikira dan diberikan ganjaran pahala dari-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Jangan lupa amalkan ya!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI