Muliakan Ibu, Dahului Adik Beradik & Sering Ke Ceramah Agama, Abam Dimuliakan Di Akhir Hayatnya

Share

Hari ini industri seni menerima khabaran duka apabila Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32 meninggal selepas disahkan mengalami demam panas selama dua hari. Arwah meninggalkan seorang anak kecil berusia 5 bulan iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan hasil perkahwinan bersama Nor Hidayah.


Ternyata pemergiannya sukar diterima oleh rakan-rakan baiknya. Malah begitu ramai rakyat Malaysia yang menangisi pemergian artis yang terkenal dengan tagline Gemuk Is Awesome!

Namun di sebalik pemergiannya hari ini, ternyata Allah memuliakan dirinya. Begitu ramai insan-insan menziarahi arwah termasuk di kalangan ustaz-ustaz terkenal seperti Syed Noor Hisham Al Idrus, Pu Amin, Amin Idrus dan lain-lain lagi dan turut bersama ribuan umat Islam lain untuk bersolat jenazah untuk arwah.









Mungkin ada antara kita tertanya-tanya, apa amalan dilakukan oleh Abam Bocey sehingga diri arwah dimulikan Allah semasa akhir hayatnya.

Muliakan Ibu & Sentiasa Dahulukan Adik Beradik dan selalu pergi ceramah agama

Catatan dari pendakwah terkemuka iaitu Ustaz Syed Nor Hisyam al-Idrus yang menulis di catatan fbnya mampu membuatkan kita mengalirkan air mata.

Sahabat…..engkau selalu sebut “Ustaz, kalau ada lagi forum…bagitahulah saya…nak join lagi…” Itu yang Abam selalu sebut kalau bercakap dengan beliau….
Kali pertama kami sepentas ketika berforum mula 11 malam di Foodcourt Uptown Damansara….kemudian beberapa kali lagi, di pentas forum….seingat saya, di Bangi, Kota Bharu, Tv Hijrah….dll….sejak dari itu selalu berhubung terutamanya melalui wasapp….beliau bertanya soalan….sembang2 lawak beliau….jemput saya ke kenduri kawin….kemudian aqiqah baby .

Semoga @mrs_abam dikurniakan kesabaran di atas ujian ini….ramai yang mendoakan al-marhum…



Ya Allah….kami bersaksi Abam seorang yang baik, suka gembirakan sahabat2 di sekeliling….dia sangat sayang pada ibu dan isterinya….ampunikan sahabat kami ini…rahmatilah dirinya….tempatkanlah dia bersama hamba-hambaMu yang soleh….terimalah segala kebaikan yang pernah dilakukannya sebagai bekalan buat dirinya di sana…..aamiinn

Hal yang sama dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew yang menulis catatan yang sama yang mana arwah begitu memuliakan ibunya. Lebih membuatkan Abam dimuliakan kerana dia sering mendahuluikan adik beradiknya termasuk menaja perkahwinan mereka. Selepas semua sudah berkahwin, barulah Abam mencari jodohnya tetapi nyata Allah lebih sayangkannya.




Allah mulianya hati Abam Bocey. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh Moga syurga buat Abam di atas setiap kebaikan dilakukannya semasa hayatnya.

Foto kredit : Azizi Ismail

Published by
Almaswa Haji Che Ros