Muncul Dalam Siri Marvel, Jared Leto Bertukar Jadi ‘Vampire’ Dalam Morbius

Share

Marvel sekali lagi akan melancarkan filem terbaharu tahun ini dan kali ini menampilkan watak Marvel Comics Morbius, the Living Vampire menerusi filem Morbius yang sudah pun ditayangkan seluruh pawagam tanah air bermula 31 Mac 2022.

Sumber: Sony Pictures

Filem ini menceritakan tentang seorang saintis yang mempunyai penyakit gangguan darah yang jarang berlaku dan beliau bertekad untuk menyelamatkan orang lain daripada mengalami nasib yang sama. Walaupun pada mula usahanya itu seakan berjaya, namun percubaan tersebut tidak menjadi dan beliau secara tidak langsung menjangkiti dirinya dengan vampirisme. Apa yang lebih menjadi buruk, sahabat baiknya telah menyalah guna serum yang dicipta oleh Morbius dan turut menjadi vampire.

Sumber: Sony Pictures

Secara keseluruhannya, filem ini memaparkan jalan cerita yang sama seperti dalam komiknya cuma lebih banyak aksi yang ditonjolkan. Lakonan Jared Leto wajar diberi pujian kerana berjaya membawakan watak Dr Michael Morbius dengan baik sekali. Penonton dapat merasai keperitan yang ditanggung Morbius kerana penyakitnya itu dan kebimbangan terhadap keganasan yang berlaku dek kerana kesalahan mencipta serum tersebut.

Sumber: Sony Pictures

Namun, jangan pula korang membandingkan filem ini dengan filem-filem Marvel yang lain kerana boleh dikatakan Morbius antara filem ‘ringan’ yang pernah dikeluarkan oleh Marvel. Penceritaan klise tidak terlalu berat, tetapi masih berbaloi untuk ditonton.

Dibintangi oleh Jared Leto, Adria Arjona, Matt Smith, Jared Harris dan Tyrese Gibson, jangan lupa saksikan Morbius dipawagam sekarang.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman