Kematian Emmeril Kahn Mumtadz tahun lalu menyentuh perasaan ramai pihak kerana sikapnya yang baik dan banyak melakukan khidmat masyarakat untuk rakyat setempat. Anak kepada Ridwan Kamil yang merupakan Gabenor Jawa Barat meninggalkan legasi yang cukup mendalam terutamanya kepada golongan muda.
Terbaharu dalam hantaran Instagram yang dimuat naik gabenor Jawa Barat ini, dia berkongsi mengenai punca mata air yang muncul berdekatan kubur anaknya itu. Dapat dilihat air yang timbul mengalir deras dan sangat jernih.
“Berdekatan kubur anakanda Eril. MasyaAllah, Alhamdulillah. Begitu rupa cerita-cerita baik yang bersamamu saat dahulu mahupun sekarang.
“InsyaAllah air ini akan dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat sekitar. Baik untuk kegunaan pertanian mahupun menjadi air muniman buat masyarakat,” tulis Ridwan bersama hantaran tersebut.
Kehadiran mata air berdekatan kubur Eril seolah-olah menjadi simbol kebaikan yang sentiasa dilakukannya. Selain itu, Eril ketika hidupnya begitu suka dengan air dan dia memang seorang yang suka menikmati masa lapangnya dengan berenang.
ARTIKEL BERKAITAN: Setelah 14 Hari Tenggelam Di Sungai Aare, Mayat Emmeril Khan Mumtaz Akhirnya Ditemui
Imbas kembali, kisah kematian anak sulung Ridwan Kamil yang lemas di Sungai Aere, Switzerland tahun lalu menjadi sorotan hangat media di Indonesia dan Malaysia.
Allahyarham Emmeril Kahn Mumtadz atau lebih mesra disapa Eril ketika itu sedang berada di negara tersebut untuk meninjau lokasi pengajian peringkat sarjananya telah menjadi mangsa arus sungai tersebut.
Lebih menyayat hati ketika kejadian ibu dan adik perempuannya ada bersama. Setelah 14 hari tenggelam di sungai barulah mayatnya ditemui dan di bawa pulang ke Indonesia untuk dikebumikan. Dia dikebumikan di kawasan persendirian keluarganya iaitu Islamic Center Baitul Ridwan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.