Air mata jatuh lagi dibantal ku malam ini
Sikit lagi ku nak pergi
Okay jom nangis sama-sama..
Biarpun diasak dengan bermacam-macam kontroversi pada minggu ini dek gaya pemakaian sewaktu melakukan persembahan di sebuah festival muzik hujung minggu lalu, kumpulan sensasi Dolla tidak membiarkannya melunturkan semangat mereka untuk meluncurkan single terbaru, tengah malam tadi.
Buat kali pertama, Dolla tampil berduet bersama penyanyi serta komposer berbakat, Naim Daniel.
Menariknya, lagu berjudul – jom tarik nafas panjang-panjang
– Mungkin Ini Adalah lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat (LYPS) ini sebenarnya telahpun dicipta Naim sejak dua tahun yang lalu. Hanya baru-baru ini Naim ‘melamar’ Dolla untuk berkolaborasi.
LYPS secara tidak langsung membuka jilid baharu dalam genre muzik yang dipersembahkan Dolla. Jika sebelum ini, grup yang dianggotai oleh Tabby, Syasya, Angel dan Sabronzo itu selesa dengan lagu rancak; menerusi LYPS mereka mengeksplorasi rentak balada sedih pula.
Ternyata, respon yang diterima oleh iDolla sejak semalam cukup positif. Bukan saja liriknya indah ditulis oleh Naim, malah gandingan vokal penyanyi berusia 24 tahun itu bersama Dolla begitu cantik diadun.
Tapi itulah kan, panjang betul tajuk lagunya! Hehe..
Tahukah korang, selain Mungkin Ini Adalah lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat, terdapat lagi beberapa lagu yang judulnya memang memerlukan daya ingatan yang kuat untuk kita hafal.
Jom lihat lima buah lagu di bawah, serius lagu-lagu ini wujud!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.