Indonesia merupakan anatara negara di Asia Tenggara yang teruk dilanda virus Covid-19 selain Malaysia. Saban hari kes positif meningkat dan beberapa kawasan sudah dikenakan kawalan ketat oleh pemerintah. Terbaharu penyanyi lelaki terkenal, Afgan telah berkongsi yang dia telah disahkan positif virus tersebut.
Dalam hantaran menerusi laman Instagramnya dia berkata, “Hari ini merupakan hari keempat saya disahkan dijangkiti Covid-19. Buat masa sekarang saya tidak mengalami sebarang simptom, mungkin kerana saya sudah divaksin. Jadi kepada anda semua, sila dapatkan vaksin kerana jika dijangkiti sekalipun kesannya tidaklah teruk.
.
Dalam pada itu, penyanyi yang sedang dikatakan hangat bercinta dengan Rossa ini turut berkongsi aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh kuarantin kendiri.
“Ini adalah cara saya kekal sihat sepanjang tempoh kuarantin di rumah, lakukannya dengan ringan dan senang. Bagi anda yang disahkan positive Covid-19 dan tidak memiliki sebarang simptom seperti saya, kalau mahu bersenam pastikan ia senaman ringan sahaja. Kita hanya mahukan hormone endorphin dikeluarkan dan bukannya meletihkan badan. Yang masih sihat, kekal sihat dan yang sudah terkena Covid-19 anda perlu bersemangat. Semoga cepat sembuh,” ujarnya sambil berkongsi rejim senaman yang dilakukannya.
View this post on Instagram
Sebelum Afgan disahkan positif, selebriti terkenal lain seperti Rossa dan Bunga Citra Lestari juga menerima nasib yang sama.
***P/S- Jangan pernah takut mengambil vaksin dan terpengaruh dengan dakyah tidak benar. Vaksin yang diberi kerajaan Malaysia juga sudah dijamin selamat. Jangan jadi manusia yang memilih-milih vaksin pula. Apa yang penting sekarang ini adalah, untuk mewujudkan kelompok besar masyarakat yang sudah divaksin agar kita mampu melawan penularan virus ini.
Sumber & Gambar: Instagram Afgan