“Mungkin Sampai Sini Saja, Thank You For Everything” -Zulin Aziz Beri Kiasan Mengenai Rumah Tangga?

Share

 

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama sebagai pasangan, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah rumah tangga bersama suaminya Farhan Norzaini, menemui titik noktah.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap Setahun Perkahwinan, Zulin Aziz Mohon Doa Dikurniakan Zuriat

“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.

“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya-Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” coretnya ringkas.

Pelantun lagu Rahsia itu menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar hari pernikahan mereka.

Menerusi ruangan komen ramai yang memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut lantaran mereka selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama.

Pemerhatian Remaja mendapati, Zulin turut memadam kesemua gambar suaminya di Instagram. Hanya gambar akad nikah mereka beserta kapsyen penjelasan sahaja yang dapat dilihat buat masa ini.

Sekadar informasi, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2022.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Zulin Aziz

Published by
Fath