Muntah & Cirit-Birit Petanda Awal Sebelum Ajal, Mangsa Pertama Meninggal Akibat Virus Zika

Share

Selepas 11 hari bertarung nyawa selepas koma pada 12 Oktober lalu, seorang anggota maritim berpangkat Letftenan Muda (Maritim), Mohamad Ikmal Ibrahim disahkan meninggal dunia akibat virus zika hari ini.
Sebelum disahkan meninggal dunia, arwah terlebih dahulu mengalami cirit birit dan muntah-muntah sebelum dikejarkan ke hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian melibatkan arwah Mohamad Ikmal mencatatkan kematian pertama virus zika di negara ini bagi tahun ini.
Jelas beliau lagi, pihaknya masih melakukan siasatan bagaimana pesakit berusia 30 tahun itu boleh mendapat jangkitan itu, termasuk pergerakan dan perhubungan mangsa serta sama ada ia berkaitan dengan jangkitan lain terhadap pesakit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Berita Harian melaporkan, Mohamad Ikmal Ibrahim disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung pada jam 4.45 pagi, selepas dirawat di hospital berkenaan sejak 12 Oktober lalu.
Mohamad Ikmal adalah mangsa pertama meninggal dunia akibat virus Zika di negara ini tahun ini dan kes kesembilan dilaporkan sejak empat tahun lalu yang mana lapan kes berlaku pada 2016.

Allahyarham yang bertugas di Kapal Maritim (KM) Nusa Maritim Terengganu meninggalkan seorang balu, Siti Salbiah Roslie yang bertugas di Rejimen Askar Jurutera Diraja.
Kes pertama jangkitan Zika yang direkodkan di negara ini membabitkan seorang wanita berusia 58 tahun di Bandar Botanic, Klang pada 1 September 2016.

Dua hari kemudian, satu lagi kes dicatatkan membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun di Likas, Kota Kinabalu, Sabah, yang kemudian meninggal dunia pada hari sama akibat komplikasi jantung.
Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya sejurus mendapat laporan penuh mengenai kematian mangsa.


Kenapa virus zika berbahaya?

Ramai yang sedar akan bahaya gigitan nyamuk aedes kerana ia membawa kepada punca demam denggi. Malah nyamuk eades juga membawa kepada penyakit chikugunya. Namun mungkin kita kurang sedar akan bahaya ZIKA yang turut berpunca dari gigitan nyamuk Aedes.

Bagaimana penyakit membawa maut ini dapat dikesan?

Pada awalnya, pesakit akan mengalami ruam dengan dua atau lebih gejala lain iaitu demam, sakit badan, sakit sendi, sendi bengkak atau mata kemerahan. Malah air yang bertakung di musim-musim hujan juga boleh membawa kepada pembiakan nyamuk Aedes jika tidak dibersihkan.

Menurut Wikipedia, demam zika juga dikenali sebagai penyakit virus Zika, merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus Zika.


Simptomnya serupa dengan demam denggi. Kebanyakan daripada kes demam ini (60–80%) tidak menunjukkan simptom. Apabila ada simptom, ia biasanya termasuk demam, mata merah, sakit sendi, sakit kepala, dan ruam makulopapular.

Secara amnya, simptom adalah tidak teruk dan berlanjutan selama kurang daripada tujuh hari. Setakat tahun 2015, kematian tidak berlaku semasa jangkitan awal. Jangkitan sudah dikaitkan dengan sindrom Guillain-Barré.

Demam Zika umumnya merebak melalui gigitan nyamuk jenis Aedes. Ia juga mungkin boleh merebak melalui hubungan seks dan pemindahan darah.

[4] Penyakit ini boleh tersebar melalui ibu-ke-anak di dalam rahim dan menyebabkan mikrosefali.[1][2] Diagnosis dilakukan dengan menguji darah, air kencing, atau air liur untuk RNA virus apabila seseorang itu sakit.

Published by
Almaswa Haji Che Ros