Harga sebuah iPhone 6 lebih kurang RM2000. Tetapi nilai yang perlu ditanggung oleh keluarga mendiang M Vasanthapiriya, pelajar berusia 14 tahun yang meninggal jam 3.30 pagi tadi lebih mahal dari itu. Tiada lagi senyumannya, tiada lagi senda guraunya dan yang tinggal hanyalah sebuah kesedihan berpanjangan.

Jelas bapanya, Muniandy Ratnam, 54 tahun sebanyak mana pun dia menyayangi anaknya itu, sebanyak mana doa yang ditadah kepada Tuhan yang dipercayainya tetapi ternyata Tuhan lebih menyayangi anaknya itu.

“Kami mengharapkan sesuatu yang terbaik. Kami harap dia akan sedarkan diri. Tapi Tuhan lebih menyayanginya.

“Saya mahu berterima kasih kepada kawan-kawan dan saudara-mara yang mendoakan anak perempuan saya. Ada yang berdoa semasa Thaipusam. Kawan-kawan saya yang menganut agama lain juga berdoa untuk Vasanthapiriya,” katanya di sisi keranda anaknya itu di Kampung Tong Hai, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

“Murahkah Harga Sebuah Nyawa?”  Tuhan Lebih Sayang Anak Saya…” Bapa Pelajar Gantung Diri Dituduh Curi Telefon Luah Rasa…
Pemergiannya ditangisi setiap ahli keluarga

 

Inilah luahan hati bapa pelajar yang dituduh mencuri sebuah iPhone 6, disoal siasat selama berjam-jam sebelum dihantar pulang oleh guru yang bertindak menyoalnya berikutan kehilangan telefon pintar berkenaan semasa  di sekolah anaknya itu.

Ternyata nasi sudah menjadi bubur. Pertanyaan dan desakan dari gurunya nyata memberikan sebuah tekanan emosi kepada pelajar berusia 14 tahun ini sehingga dia nekad menggantung dirinya sendiri namun di saat akhir nyawanya tercabut, bapanya terlebih dahulu menemuinya dalam keadaan nyawa ikan.

“Murahkah Harga Sebuah Nyawa?”  Tuhan Lebih Sayang Anak Saya…” Bapa Pelajar Gantung Diri Dituduh Curi Telefon Luah Rasa…

Selepas seminggu bertarung nyawa dalam keadaan mati otak, remaja ini akhirnya pergi dengan sebuah persoalan yang perlu dijawap oleh ramai pihak. Bolehkah pelajar ini disoal siasat sebegitu lama? Bolehkah dia dikurung begitu sahaja? Bolehkah dia didesak oleh ahli keluarga guru berkenaan yang mahu membawanya ke balai polis? Bolehkah seorang pelajar dibawa pulang oleh guru berkenaan ke rumah? Lebih banyak persoalan tetapi ada satu persoalan paling  penting, apa tuduhan ke atas guru yang menjadi punca kepada jenayah gantung diri ini terjadi?

Mahalnya harga sebuah telefon bimbit…

Dalam pada itu, ibu saudara kepada mendiang, A Lalitha, 43 berkata, apa yang berlaku amat mengejutkan kepada seluruh keluarganya dan dia tidak percaya Vasanthapiriya mencuri telefon bimbit cikgunya seperti didakwa sebelum ini.

Ads

Menurutnya, telefon bimbit yang kononnya dicuri remaja terbabit sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan dan difahamkan ia telah dijumpai.

“Telefon bimbit sudah dijumpai tapi bagaimana dengan nyawa mangsa yang disia-siakan begitu sahaja disebabkan tuduhan yang tiada bukti.

“Kami mahu tuntut keadilan dan orang yang bertanggungjawab sehingga keadaan menjadi seperti ini perlu mendapat balasan yang setimpal,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Seberang Jaya.

Lalitha berkata, anak saudaranya itu seorang yang sensitif malah ketika dituduh mengambil telefon bimbit dia dimarahi di hadapan pelajar lain.

“Murahkah Harga Sebuah Nyawa?”  Tuhan Lebih Sayang Anak Saya…” Bapa Pelajar Gantung Diri Dituduh Curi Telefon Luah Rasa…
Pihak keluarga mahukan sebuah keadilan dalam kes kematian ini…

 

“Murahkah Harga Sebuah Nyawa?”  Tuhan Lebih Sayang Anak Saya…” Bapa Pelajar Gantung Diri Dituduh Curi Telefon Luah Rasa…
Ini nota terakhir ditulis oleh mendiang di mana beliau menafikan mencuri telefon bimbit berkenaan…

Akibat tertekan dengan perkara itu dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, remaja terbabit bertindak menggantungkan diri dan sempat meninggalkan sekeping nota.

Sementara itu, Presiden Malaysia Tamilar Kural, P David Marshel menggesa pihak polis segera menjalankan siasatan dan memaklumkan perkembangan kes itu sama ada ia disiasat di bawah kategori pembunuhan atau sebaliknya.

Ads

“Saya menggesa polis lebih serius, sudah buka kertas siasatan tapi tidak tahu status kes ini (termasuk) guru terbabit masih belum ditahan untuk membantu siasatan.

“Kenapa masih belum ada perkembangan terkini sama ada ia kes percubaan membunuh diri atau kemungkinan didorong bunuh diri dan ada unsur jenayah, walaupun sudah lapan hari aduan polis dibuat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan keadilan terhadap mendiang akan terbela dan sanggup menanggung semua kos untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini dihadapkan ke muka pengadilan.

Sementara itu, sebelum dibawa ke rumahnya, suasana di perkarangan bilik mayat diselubungi rasa sedih apabila ahli keluarga dan beberapa aktivis berkumpul bagi menantikan proses tuntutan mayat.

Mereka dilihat mengangkat pelbagai poster bantahan dengan tertulis #Justice4Vasanthapiriya “Saya tidak mengambil (telefon pintar) iPhone cikgu, saya bersumpah!, “Adakah harga iPhone lebih bernilai berbanding nyawa pelajar?”, “Siapa yang mendesak Vasanthapiriya bunuh diri?”.

Katanya, semua pihak berasa sedih apabila remaja itu akhirnya meninggal dunia selepas bertarung nyawa sejak seminggu lalu.

Ads

Beliau yang mewakili keluarga remaja itu berkata, ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan mangsa.

“Murahkah Harga Sebuah Nyawa?”  Tuhan Lebih Sayang Anak Saya…” Bapa Pelajar Gantung Diri Dituduh Curi Telefon Luah Rasa…
Remaja ini akhirnya menemui ajal selepas tertekan dengan desakan malah sempat menulis surat tidak mencuri telefon berkenaan…
Ini kronologi kes berkenaan…

Seorang pelajar disoal siasat  selepas didakwa atas tuduhan mencuri telefon bimbit iPhone 6 milik gurunya pada Rabu lepas  di sekolahnya, SMK Methodist di Nibong Tebal.

Remaja itu menafikan tuduhan guru wanita itu yang dia mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya.

Menurut laporan polis itu, seorang lagi guru memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain, sebelum didakwa dikurung dalam sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas.

Pada 6.45 petang, suami guru yang hilang telefon bimbit itu tiba di sekolah dan mengancam membawa Vasanthapiriya ke polis kalau tidak mengaku mencuri, menurut laporan itu.

Mereka kemudian membawa Vasanthapiriya ke rumahnya yang terletak berdekatan untuk bertemu ibu bapanya. Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu, menurut laporan itu.

Ketika itulah Vasanthapiriya cuba membunuh diri. Setibanya di rumah pada 8.20 malam, bapanya memecah pintu bilik apabila anaknya tidak menyahut.

Dia didapati tidak sedarkan diri tetapi masih hidup, tergantung pada seledang yang diikat pada paip pendingin hawa, dan kakinya tersentuh pada lantai. Ibu bapanya turut menemui nota yang ditulis atas kertas buku latihan sekolahnya, di mana beliau nafi mencuri telefon bimbit itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Mohd Jamil Mohamed berkata guru terlibat dipindahkan dan akan melakukan kerja-kerja pejabat di Pejabat Pendidikan Daerah (PDD) Seberang Perai Selatan sementara siasatan sedang berjalan.

Sumber : Sinar Online / Free Malaysia Today

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI