Murid Kantoi Merokok Didenda Merokok Oleh Guru Besar Di Indonesia

Share

Tidak dapat dinafikan bahawa rokok merupakan antara masalah yang membelenggu golongan remaja di sekolah. Apatah lagi jika rokok boleh didapati dengan mudah dan murah seperti di negara Indonesia.

Masalah merokok di kalangan palajar bukanlah satu perkara baru. Malah jika kita bertanya kepada generasi yang lebih tua terutamanya yang merokok pasti mereka akan bererita seribu satu kisah tentang pengalaman mereka berdepan dengan guru di sekolah.

Ada yang ditangkap dan tidak kurang juga ada yang berjaya mengaburi mata guru dengan pelbagai helah dan taktik.

Walau bagaimanapun berbeza pula dengan apa yang berlaku di sebuah seolah di Indonesia baru-baru ini. Seorang guru besar di sebuah sekolah rendah telah memaksa sekumpulan pelajar lelaki yang berusia 8 tahun merokok sebagai denda mereka ditangkap kerana merokok.

Ia kedengaran agak aneh bukan?

Menurut laporan kejadian ini berlaku di sebuah seolah rendah di Sukabumi, Indonesia pada 3 November yang lalu. Di dalam sebuah rakaman video, sekumpulan murid-murid lelaki dilihat sedang merokok dengan rasa segan silu. Malah ada di antara mereka kelihatan terpinga-pinga dengan bentuk hukuman begitu.

Kumpulan murid yang terdiri daripada 11 orang itu ditangkap di sebuah taman permainan di sekolah mereka kerana merokok. Mereka kemudian di bawa ke bilik guru besar untuk menantikan bentuk hukuman yang diterima. Namun, mungkin jauh sekali dalam fikiran mereka akan didenda dalam bentuk begini.

BACA: 10 Kostum Halloween Selebriti Paling Vass Tahun 2018!

Mereka kemudian berbaris dalam satu barisan dan diberikan rokok untuk dihisap. Guru besar yang dikenali dengan nama Tati Maelati itu menegaskan tindakannya adalah untuk ‘mengajar’ tentang keburukan merokok kepada mereka.

Bentuk hukuman yang aneh ini kemudiannya telah menyebabkan kemarahan daripada golongan ibu bapa. Selain itu badan kebajikan kanak-kanak juga telah meminta penjelasan daripada pihak sekolah kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Macam-macam hal.

Tiga bulan sebelum ini berlaku juga satu kes di Sumatra, Indonesia di mana sekumpulan pelajar dipaksa memakan tembakau selepas ditangkap merokok.

Bagi REMAJA ini bukanlah satu bentuk hukuman tetapi lebih kepada bersikap sangat bertentangan dengan larangan yang ingin dilakukan. Membiarkan kanak-kanak merokok adalah satu perkara terkutuk apatah lagi menyuruh mereka melakukannya.

Hopefully perkara seperti ini tidak berlaku di negara kita.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim