Foto: thecln.com

Sejak kebelakangan ini pasti korang merasai perubahan cuaca yang semakin panas. Bukan hanya di siang hari, pada waktu malam juga turut terasa bahangnya sehingga menganggu tidur dek kerana kepanasan.

Ha, perhatian buat semua, musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara termasuk di Singapura, Brunei, Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand kini sudah bermula. Musim ini merupakan permulaan Monsun Daya dan berkemungkinan akan berlanjutan hingga Oktober 2022.

Musim Kemarau Di Asia Tenggara Sudah Bermula, Dijangka Hingga Oktober 2022
Foto: Kumparan

BACA: Lebih Panas Dari Malaysia, Ini 7 Negara Yang Pernah Mencatatkan Suhu Paling Ekstrem

Menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), fenomena cuaca La Nina di Lautan Pasifik khatulistiwa diramalkan akan terus melemah dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun. Fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD) dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.

ASMC juga memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Ads

Oleh yang demikian, rantau ini diminta untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan. Namun begitu, dijangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seteruk seperti tahun 2015 dan 2019.

Musim Kemarau Di Asia Tenggara Sudah Bermula, Dijangka Hingga Oktober 2022
Foto: Red Cross

Masyarakat dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga terutamanya untuk mengelak daripada berlakunya strok haba. Strok haba boleh berlaku jika korang mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Sekiranya korang mengalami gejala keletihan haba, pastikan korang mencegahnya daripada menjadi strok haba.

Ads

BACA: 10 Kawasan Ini Catat Suhu Hingga 37 Darjah Celsius, Awas Dengan Gejala Strok Haba

Orang ramai juga dinasihatkan untuk minum air kosong secukupnya dan elakkan berada di kawasan terbuka sekiranya tidak mempunyai urusan penting.

Ads

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI